• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Naib Presiden PKR Nafi Ada Sabotaj Dalam Pemilihan

oleh
25/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Xavier Jayakumar menolak dakwaan bahawa terdapat unsur sabotaj dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.

Katanya, kekecohan di beberapa kawasan di Kedah dan Pulau Pinang bukan kerana faktor itu sebaliknya berpunca daripada kelemahan sistem e-undi yang pertama kali diperkenalkan untuk proses pengundian dan akan ditanggani Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dalam masa terdekat.

“Insiden ini berlaku disebabkan masalah sistem bukan kerana mereka tidak diberitahu atau berpeluang untuk mengundi, mereka datang pagi tetapi tidak dapat mengundi.

“Kalau sistem sudah dibaikki mungkin tidak ada masalah untuk teruskan dengan pengundian,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan International Union For Conservation Of Nature (IUCN) Symposium And Red List Assessment 2018 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini.

Turut hadir, Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar dan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.

Kelmarin, proses pemilihan PKR bagi sembilan daripada 15 cabang di Kedah terpaksa ditunda ke satu tarikh lain berikutan sistem e-undi yang pertama kali digunakan untuk membolehkan 800,000 ahlinya mengundi, mengalami masalah teknikal.

Ia mengakibatkan tercetusnya pergaduhan setelah anggota yang hadir naik berang dipercayai kerana menunggu terlalu lama.

Susulan itu, proses pemilihan parti bagi negeri Perlis yang dijadual berlangsung semalam terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain yang akan ditentukan kelak. – BERNAMA

Tags: Pemilihan PKRsabotaj
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Segerakan Siasatan, Dedah Petualang Dakwaan Komplot Sabotaj Negara

Segerakan Siasatan, Dedah Petualang Dakwaan Komplot Sabotaj Negara

28/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta segera menjalankan siasatan menyeluruh dan mendedahkan petualang yang terbabit serta bersubahat dalam dakwaan...

Dakwaan Sabotaj Mat Hasan – KJ Akan Buat Laporan Polis, SKMM

Dakwaan Sabotaj Mat Hasan – KJ Akan Buat Laporan Polis, SKMM

17/11/2022
0

Khairy Jamaluddin berkata dia akan membuat laporan polis dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), berhubung tangkap layar Whatsapp...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd