• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Mungkin Laksana VEP Hujung Tahun Ini

oleh
25/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangkakan pelaksanaan Permit Masuk Kenderaan (VEP) ke atas semua kenderaan asing yang memasuki negara ini melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), bermula hujung tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Saharuddin Khalid berkata sistem permit itu kini dalam peringkat ujian akhir, sebelum dimuktamadkan Kementerian Pengangkutan.

“Saya sedang menunggu laporan akhir dan dijangka di terima Oktober ini sebelum mendapat kata putus daripada kementerian.

“Pelaksanaan ini tidak memberi tekanan kepada negara sempadan memandangkan ia hanya melibatkan urusan kita dan sempadan kita,” katanya pemberita selepas melawat pegawai JPJ yang hilang upaya kekal di Kampung Sawah Dalam di sini, hari ini.

VEP sebelum ini ditangguhkan kerajaan kerana mahu menyeragamkan pelaksanaan di Malaysia-Singapura dan Malaysia-Thailand.

Sementara itu, berhubung lawatannya, Shaharudin berkata ia bertujuan menyerahkan kad persaraan kepada pegawai terlibat iaitu Syamaizar Mohamad Yahya, 35, yang kini terlantar akibat hilang upaya kekal selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika pulang dari tempat kerja pada Ogos 2016.

Beliau berkata kad persaraan itu diberikan kerana mengambil kira faktor kesihatan Syamaizar yang tidak boleh berkomunikasi dengan baik ekoran sebahagian daripada tempurung kepalanya dibuang selepas mengalami cedera parah dalam kemalangan itu.

Syamaizar yang sudah berkahwin, berkhidmat sebagai Pegawai Pemeriksa Motor di JPJ cawangan Kuala Kubu sejak 23 November 2008.

“Sebelum ini, terdapat pelbagai pihak memberikan sumbangan kepada mangsa termasuk dari JPJ Selangor dan Johor. Malah pihak Lembaga Perubatan (JPJ) juga telah membuat keputusan untuk memberikan Cuti Perubatan Khas dan dibayar gaji pokok dan imbuhan-imbuhan tetap berdasarkan jawatan hakikinya.

“Tetapi selepas disahkan menghidapi kecederaan otak atau kelemahan akal dan tubuh badan maka dia layak menerima kad pencen,” katanya.

Menurut Shaharudin, dengan kad pencen itu, Syamaizar akan layak menerima faedah seperti ganjaran dan gantian cuti rehat.

“Namun begitu, kita juga akan berusaha mewujudkan satu tabung khas bagi memastikan kebajikan Syamaizar sentiasa terbela, bahkan ia juga komitmen kita terhadap semua warga JPJ,” katanya. – BERNAMA

Tags: JPJpermit kenderaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd