• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Akan Dipinda

oleh
24/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 akan dipinda bagi memperkemaskan lagi peraturan sedia ada mengikut keperluan semasa, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar.

Pindaan yang dijangka dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat Oktober ini akan menjadi “game-changer” terhadap keberkesanan penguatkuasaan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta pematuhan oleh pihak majikan dan pekerja, katanya.

Pindaan itu juga akan memperkasakan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dalam memberikan latihan, khidmat nasihat serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada kerajaan dan pihak industri.

“Ruang lingkup akta ini akan lebih menyeluruh dan kita menyediakan pemboleh-ubah supaya kita dapat membuat peraturan yang lebih spesifik untuk satu keadaan tertentu apabila ada keperluan. Kita juga melihat penalti yang akan ada perubahan besar.

Pindaan ini juga akan memberi perlindungan kepada petugas media,” katanya selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (COSH 2018) kali ke-21, di sini hari ini.

Mahfuz, yang juga Pengerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berkata, melalui pindaan itu juga, kementerian akan berusaha menerapkan kesedaran mengenai penguatkuasaan kendiri dalam kalangan majikan dan pekerja memandangkan JKKP tidak mempunyai tenaga penguatkuasa yang mencukupi untuk membuat pemeriksaan di seluruh negara.

Mengakui pihak kementerian masih tidak berpuas hati terhadap kadar kemalangan tempat kerja di negara ini, katanya kesedaran mengenai penguatkuasaan kendiri terhadap keselamatan industri dalam kalangan masyarakat masih rendah.

“Majikan jangan hanya fikir untuk mendapat keuntungan dan dia tidak membuat laporan atau tidak mengambil kira aspek keselamatan di dalam organisasinya kerana kemalangan industri itu mungkin boleh berlaku kepada dirinya sendiri.

“Pekerja juga perlu berani tampil membuat aduan jika majikannya tidak menyediakan perlindungan keselamatan yang baik. Hari ini ramai tidak berani kerana takut hilang kerja,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata Kementerian Sumber Manusia meletakkan sasaran untuk mengurangkan kadar kemalangan industri kepada 2.53 bagi setiap 1,000 pekerja dan kadar kematian kepada 4.36 bagi setiap 100,000 pekerja menjelang 2020.

Mahfuz berkata pada tahun lepas, kadar kemalangan di tempat kerja bagi setiap 1,000 pekerja meningkat kepada 2.93 berbanding 2.88 pada 2016 dan 2.81 pada 2015.

Katanya kadar kematian akibat kemalangan industri juga meningkat kepada 4.90 bagi setiap 100,000 pekerja pada tahun lepas, berbanding 4.84 bagi setiap 100,000 pekerja pada 2016 dan 2015. – BERNAMA

Tags: Datuk Mahfuz Omar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Sindir Zahid ‘Sudah Terantuk Baru Nak Tengadah’

Parti Amanah Sindir Zahid ‘Sudah Terantuk Baru Nak Tengadah’

06/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam amat melucukan...

Pendekatan Politik PAS Berbahaya Kepada Demokrasi – Mahfuz

Pendekatan Politik PAS Berbahaya Kepada Demokrasi – Mahfuz

05/06/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggambarkan meninggalkan parti itu seolah-olah meninggalkan perjuangan Islam satu pendekatan politik berbahaya kepada demokrasi dan keharmonian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd