• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwah Dr Zakir Tak Sesuai Di Negara Ini?

oleh Ahmad Albab
24/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kaedah digunakan pendakwah dari India, Dr Zakir Naik yang dianggap merendahkan agama lain tidak sesuai dengan budaya negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, ini kerana Malaysia adalah sebuah negara yang memiliki kepelbagaian kaum dan etnik.

“Secara peribadi saya merasakan kaedah penyampaian atau dakwah Dr Zakir tidak sesuai, di mana kita tidak perlukan kaedah perdebatan yang mencaci agama lain, sebaliknya kita lebih sesuai dengan kaedah berdialog,” katanya dalam ucaptama di Seminar Kebangsaan Isu dan Cabaran dalam Hubungan Masyarakat Majmuk, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini, hari ini.

Katanya, umat Islam seharusnya menerima perbezaan di sebuah negara majmuk dengan fikiran terbuka dan saling memahami.

“Kepelbagaian ini seharusnya kita terima dengan baik dan tidak anggap ia sebagai suatu musibah atau kecelakaan sebaliknya suatu hakikat yang perlu kita tangani dengan baik sebagai rakyat.

“Kalau kita fahami susur galur itu, kita akan terheret dengan masalah lebih besar iaitu perkauman sempit yang secara langsung menunjukkan Islam itu sempit yang menjadikan kita terhimpit,” katanya.

Dr Zakir merupakan penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 2013 dan sering menyampaikan ceramah mengenai Islam dan perbandingan agama di seluruh dunia.

Beliau disiasat pihak berkuasa India sebelum ini atas dakwaan pengubahan wang haram dan jenayah berkaitan keganasan. – Sinar Harian Online

Tags: Dr Zakir Naik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Superman’ Kecundang Di LPT Kini Diburu Polis Trafik

Ramasamy Saman Zakir Naik, Dakwa Difitnah Pada Ceramah Di Nigeria

27/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy mengemukakan saman terhadap pendakwah bebas dari India, Dr...

Mufti Perlis, Ramasamy Berdamai, LTTE Dan Zakir Naik Selesai

30/07/2018
0

PUTRAJAYA - Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr P Ramasamy hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd