• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Maut, Seorang Cedera Kenderaan Terbabas

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Seorang pelajar tingkatan lima maut manakala rakannya patah tangan kiri selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Kilometer 13.6 Jalan Kuala Sepetang-Taiping berhampiran Larut Tin di sini lewat malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 11.00 malam itu, mangsa, Muhammad Qhairuldin Shah Yaakop, 17, yang merupakan pemandu kereta jenis Nissan Fairlady itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, siasatan awal mendapati kenderaan yang dinaiki dua rakan tersebut dari Taiping ke Simpang itu terbabas ketika tiba di tempat kejadian sebelum merempuh pembahagi jalan.

“Akibat rempuhan tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Taiping untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Mohamad, rakan mangsa, Ahmad Aliff Nurzikry Ahmad Hazlie, 16, pula mengalami kecederaan patah tangan kiri dan dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Mazli Mutallib berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat berkaitan kejadian itu pada pukul 11.13 pagi.

“Tiba di tempat kejadian, kedua-dua mangsa berada di atas jalan raya selepas dipercayai tercampak dari kereta yang dinaiki mereka.

“Anggota memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera sebelum membawa ke Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Tambahnya, mayat mangsa yang meninggal diserahkan kepada pihak polis. – K! ONLINE

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: kemalangan mautpelajar
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd