• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasar Raya Didenda RM2.6j Kerana Jual Pisau Kepada Kanak-Kanak

oleh Ahmad Albab
24/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Rangkaian pasar raya B&M diarahkan untuk membayar denda terkumpul sebanyak £480,000 (RM2.6 juta) selepas didapati menjual pisau kepada kanak-kanak dan remaja baru-baru ini.

Perbuatan rangkaian peruncitan itu terbongkar selepas sekumpulan anggota polis dan pegawai standard dagangan melakukan penyamaran di satu kawasan yang mempunyai rekod peningkatan jenayah membabitkan pisau.

Tindakan penjualan pisau berukuran lebih 3 inci (7.6 sentimeter) kepada pelanggan bawah umur 18 tahun adalah diharamkan di kawasan itu.

Menurut laporan, beberapa pelanggan berusia antara 14 hingga 16 tahun membeli pisau di gedung B&M di bandar Barking, Dagenham dan Chadwell Heath.

Antaranya, seorang remaja lelaki berumur 15 tahun dah gadis berusia 14 tahun membeli empat bilah pisau di Redbridge, timur laut London pada bulan September lalu.

Selain itu, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dilaporkan membeli satu set pisau, selepas dua hari insiden pertama dikesan, di cawangan lain pasar raya berkenaan dekat bandar Barking.

Hakim Mahkamah Majistret Barkingside, Gary Lucie mengkritik kegagalan sistem B&M kerana masih membenarkan golongan remaja untuk membeli pisau daging bersaiz besar.

B&M mengaku bersalah pada Jun lalu atas tiga pertuduhan penjualan pisau kepada pelanggan bawah umur dan didenda bagi setiap kesalahan. – Agensi/Kosmo Online

Tags: dendapasar raya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd