• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Bertegas Tidak Benarkan Perkahwinan Sejenis

oleh
23/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Malaysia, sebagai sebuah negara Islam, mempunyai sistem perundangan sendiri yang tidak membenarkan perkahwinan sejenis di kalangan  lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

“Saya amat bersetuju dengan kenyataan perdana menteri mengenai LGBT, memang menjadi pendirian kita yang tidak bersetuju dengan perilaku LGBT untuk diterima ke dalam komuniti Malaysia,” katanya pada majlis bersama Wanita PKR di HMD Villa, Kg Lubok Temiang di sini pada Sabtu malam.

Beliau berkata meskipun kerajaan tidak membenarkan apa-apa amalan dan budaya perkahwinan sejenis, golongan ini tidak boleh didiskriminasi atau dipinggirkan.

“Kita tidak boleh membiarkan mereka hidup sendiri … kita perlu mengambil dua pendekatan untuk menangani isu ini, satu daripadanyanya adalah pencegahan, dan satu lagi, apabila mereka terjebak di dalamnya, kita pulihkan mereka,” kata Fuziah.

Bagaimanapun, beliau menegaskan apabila kerajaan ‘menghulurkan tangan’ untuk memulihkan mereka, itu bukanlah bermakna  pengiktirafan terhadap budaya dan perilaku LGBT.

“Kami sedar tentang keprihatinan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung hak asasi manusia, tetapi kerajaan menjalankan tugasnya untuk menangani isu ini daripada bertapak dalam komuniti besar kita.

“Kami tidak akan membenarkan diskriminasi berlaku, dan pada masa yang sama, kami tidak mahu mereka meneruskan gaya hidup sedemikian. 

Rakyat tidak boleh menghukum atau mengasingkan mereka dan memperlakukan mereka seperti sampah sehingga ke tahap tiada siapa yang mahu mendekati mereka,” katanya.

Fuziah berkata menjauhkan diri daripada golongan ini tidak akan membantu mereka untuk dipulihkan daripada masalah personaliti dan gaya hidup mereka.

“Kita tahu kira-kira 83 peratus daripada ‘mak nyah’ terlibat dalam perilaku seks, kebanyakannya di ‘lorong-lorong’, oleh itu, kita mesti bantu mereka untuk berubah,” katanya.

Fuziah berkata Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang menentang perkahwinan sejenis kerana negara di barat juga menentang amalan itu. – BERNAMA

Tags: Fuziah Salleh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

Walaupun Malaysia Pengeluar Minyak, Kita Masih Perlu Import – Fuziah Salleh

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Hanya 48 peratus sumber minyak mentah datang dari Malaysia, manakala 38 peratus bergantung kepada laluan Selat Hormuz...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd