• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liwat Sembilan Pelajar, Pengetua Pusat Tahfiz Ditahan

oleh
23/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang guru agama, yang merupakan pengetua sebuah pusat tahfiz di Kepong, ditahan polis kerana dipercayai meliwat sembilan pelajar pusat tahfiz berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Yaacop berkata suspek berusia 30 tahun itu ditahan sehari selepas polis menerima laporan kes berkenaan yang dibuat oleh seorang guru lelaki pusat tahfiz berkenaan pada 13 Sept.

Beliau berkata perbuatan terkutuk pengetua tahfiz itu melibatkan pelajar berusia antara lingkungan 11 hingga 16 tahun.

“Pelajar-pelajar tahfiz berkenaan telah memaklumkan perkara itu kepada pengadu berkenaan mengenai perlakuan suspek berusia 30 tahun yang merupakan pengetua pusat tahfiz itu.

“Suspek dipercayai telah mencabul dan meliwat kesemua mangsa dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zainuddin meminta kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kes berkenaan diminta melaporkan kepada PDRM untuk mendapat tindakan sewajarnya.

“Kerjasama orang ramai amatlah diperlukan dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat dan negara ini terus terjamin,” katanya.

Sementara itu, menurut sumber polis, kesemua sembilan pelajar berkenaan sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk diambil keterangan sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.

Pada masa ini, kesemua pelajar yang terlibat telah dibawa pulang oleh keluarga masing-masing. – BERNAMA

Tags: kes liwat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Lelaki Dikenakan Perintah Kehadiran Wajib Bersalah Liwat, Cubaan Liwat

Tiga Lelaki Dikenakan Perintah Kehadiran Wajib Bersalah Liwat, Cubaan Liwat

22/10/2025
0

MELAKA: Pekerja kilang dan dua pelajar institusi pengajian tinggi didenda RM12,500 serta penjara 54 bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka,...

Budak 13 Tahun Tak Mengaku Liwat Sepupu Lelaki 6 Tahun

Budak 13 Tahun Tak Mengaku Liwat Sepupu Lelaki 6 Tahun

07/12/2023
0

CHUKAI: Seorang remaja berusia 13 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan meliwat sepupunya ketika dihadapkan ke Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd