• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hari Kebangsaan Arab Saudi Ke-88 Disambut Meriah

oleh
22/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HEBAT… Arab Saudi meraikan Hari Kebangsaan ke-88 pada 23 September dengan lakar pelbagai kisah kejayaan terutama ekonomi kukuh tanpa dipacu oleh sumber tradisi iaitu produk petroleum.

Negara Islan terbesar di rantau Asia Barat yang baru laksana cukai barang dan perkhidmatan 1 Januari lalu; turut tidak terkesan dengan tindakan biadab kerajaan Malaysia tarik keluar askarnya ditugas kawal Kaabah di Makkah.

Akhbar bahasa Inggeris berpengaruh, Arab News semalam malahan melaporkan, Majlis Perniagaan Arab Saudi mencatatkan pelaburan menerusi 10 projek utama bernilai 685 bilion riyal (RM756 bilion) sepanjang tahun lalu.

Sektor swasta tempatan turut sumbang kepada peningkatan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar pada tahun lepas dengan 1.2 bilion riyal (RM1.3 bilion) direkodkan sekali gus selari dengan hasrat kerajaan menerusi Wawasan 2030.

Tahun ini juga mencatatkan perubahan dalam pelbagai dasar awam yang turut tular ke seluruh dunia antaranya wanita diizin memandu dan memiliki kereta selain dibenar memasuki stadium dan pembukaan semula pawagam.

Hari Kebangsaan Arab Saudi mula diwartakan sebagai cuti umum pada 2005 oleh Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud sempena pembentukan negara itu daripada kerajaan Najd dan Hijaz oleh Raja Abdulaziz Abdul Rahman pada 1932.

Baca: Isu Dana RM2.6 Bilion – Kenapa Tun M Takut Jumpa Raja Saudi?

Dalam pada itu sempena dengan sambutan hari tersebut, Arab Saudi turut catat nama dalam Buku Rekod Guinness menerusi pertunjukan bunga api paling banyak serta acara pengibaran bendera negara yang terbesar di dunia.

Menurut laporan portal Saudi Gazette, Penguasa Hiburan Am (GEA) baru-baru ini mengeluarkan Kalendar Hari Kebangsaan yang menampilkan pelbagai program rasmi yang diadakan dari 19 September sehingga 23 September.

Lebih 900,000 percikan bunga api yang melibatkan lebih 58 lokasi berbeza di serata Arab Saudi akan mewarnai ruang udara negara tersebut secara serentak sekali gus akan menjadi pertunjukan terbesar seumpama itu di dunia.

Agensi berita rasmi Saudi Press Agency pula memetik GEA turut melaporkan sebanyak 300 dron akan digunakan dalam acara laser bagi mereka imej bendera negara terbesar berukuran 400 meter panjang dan 350 meter lebar.

Acara sarkas, Karnival Kebangsaan dan “Kisah Kegemilangan” atau “Story of Glory” adalah antara acara yang bakal berlangsung di sekitar ibu kota Riyadh selain program berbentuk kebudayaan dan sukan serta pesta warisan tradisi.

Ini termasuk pertunjukan budaya rakyat dan seni, konsert muzik serta bacaan sajak selain tayangan pelbagai filem dokumentari akan diadakan di seluruh negara sempena Hari Kebangsaan Arab Saudi itu. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Arab SaudiRiyadh
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd