• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Tunai Janji Bukti PH Memang Munafik

oleh
24/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIADA keinginan untuk mahu laksana manifesto yang ditawarkan kepada rakyat menunjukkan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebenarnya memang bersikap munafik atau hipokrit.

Demikian tegas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada Majlis Kenduri Sekampung dan Gotong-royong Memasak Bubur Asyura di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Panjang, Pekan pada Sabtu.

“Kalau dipandang dari sudut agama Islam pun, tanda-tanda orang munafik itu jelas Nabi SAW sendiri ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji pula tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.

“Maknanya, mereka menawarkan pelbagai janji manis ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dan akhirnya kita boleh lihat rata-rata rakyat meluahkan rasa kekecewaan kerana semuanya hanya tinggal janji sahaja,” kata Najib.

Pada majlis tersebut, Najib yang merupakan Anggota Parlimen dan juga Ketua UMNO Bahagian Pekan di Pahang menyampaikan sumbangan kepada tujuh keluarga yang terbabit dalam kejadian ribut pada 7 September lalu.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Zamri Ramly; Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Khairuddin Mahmud; dan Ahli Dewan Undangan Negeri Peramu Jaya, Datuk Seri Sh Mohamed Puzi Sh Ali.

Dalam pada itu, Najib turut memaklumkan akan cuba cari dana bagi menyiapkan projek pembinaan Masjid Pasir Panjang yang sudah diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum PRU ke-14 lalu. – Mynewshub.TV

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd