• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Beli Arak Tiruan – KP Kesihatan

oleh Ahmad Albab
23/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengguna dinasihatkan supaya tidak membeli arak tiruan yang disyaki mengandungi metanol sebaliknya membeli minuman keras yang mempunyai penglabelan yang diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata kebanyakan arak tiruan tidak mempunyai label yang jelas pada botol dan beliau telah mengarahkan produk yang tidak menepati ciri-ciri yang diluluskan KKM ditarik balik.

“Kita percaya ada pencemaran sebatian arak dalam alkohol. Sebab tu pelabelannya tidak betul. Tiada pengedar, tidak tahu bila import dan sebagainya. Jadi kemungkinan wujud bahan campuran yang tidak sepatutnya seperti metanol dalam minuman keras yang menyebabkan berlakunya kematian baru-baru ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Inovasi Kuala Lumpur 2018, disini hari ini.

Semalam, sebanyak tujuh kes baharu keracunan alkohol dilaporkan di fasiliti-fasiliti kesihatan KKM, masing-masing enam di Kuala Lumpur dan satu di Perak.

Sebanyak 76 kes melibatkan Selangor, Kuala Lumpur dan Perak direkodkan sejak 15 Sept dengan jumlah kematian sebanyak 29 kes iaitu 18 kes di Selangor, sembilan kes di Kuala Lumpur dan dua kes di negeri Perak membabitkan warga Myanmar (12), Malaysia (9), Nepal (6), Bangladesh dan tidak diketahui status kewarganegaraan (masing-masing satu).

Dr Noor Hisham berkata KKM sedang menjalankan kajian di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh, Selangor untuk mengetahui sekiranya terdapat campuran lain selain metanol yang mengundang bahaya kepada pengguna.

“Metanol sepatutnya tiada dalam alkohol, tapi pihak yang tidak bertanggungjawab telah mencampurkan metanol untuk mengurangkan kos pembuatan minuman tersebut. Jadi mungkin ada sebatian lain yang kita nak lihat,” katanya.

Tambahnya KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang sedang giat meneruskan tindakan penguatkuasaan di seluruh negara. – BERNAMA

Tags: Arak SeludupDatuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lepaskan Tembakan, Lori Bawa Arak Seludup Cuba Lari

22/04/2022
0

ISKANDAR PUTERI: Beberapa das tembakan terpaksa dilepaskan pegawai Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) ke arah sebuah lori membawa minuman keras tanpa...

Wanita Asing Ditahan Seludup Masuk Arak Di Tawau

26/11/2018
0

TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menahan seorang wanita dan merampas 268 botol minuman keras bernilai RM8,360 dipercayai diseludup...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd