• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Islam Singapura Dakwa Didiskriminasi

oleh Ahmad Albab
22/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Seorang wanita Singapura menyatakan kekecewaan terhadap sebuah agensi kerajaan tidak dinamakan selepas penemuduga didakwa memberitahunya beliau perlu tanggal tudung jika mahu bekerja di situ.

“Saya amat sedih kerana menjadi mangsa diskriminasi terhadap wanita Islam yang memakai tudung.

“Apa yang lebih memburukkan keadaan, ini diamalkan di agensi kerajaan,” kata wanita berkenaan dalam Facebooknya mengenai kejadian itu.

Laporan MSN menyatakan wanita itu menghadiri temu duga kerja di sebuah agensi kerajaan dua bulan lalu dan mendapat berita gembira menerusi panggilan telefon semalam.

Beliau menerima tawaran jawatan dipohon kerana agensi itu tertarik dengan kelayakannya.

Namun beliau terkejut dan terganggu apabila penemuduga didakwa memberitahunya: “Untuk bekerja di sini, kami perlu anda menanggalkan tudung.

“Kelayakan anda sesuai untuk jawatan itu tetapi bukan tudung.”

Wanita itu segera menolak tawaran, menyatakan beliau tidak selesa dengan kejahilan dan sikap tidak peka agensi kerajaan terhadap wanita Islam.

“Saya mahu kerana perkara ini berlaku dalam Singapura yang mempunyai penduduk pelbagai keturunan dan agama,” katanya.

Sikap prejudis agensi berkenaan berdasarkan dakwaan beliau dan keengganan wanita itu mendedahkan agensi kerajaan berkenaan menyukarkan perkara itu disahkan.

Katanya, tujuan beliau menyiarkan kejadian itu adalah untuk meningkatkan kesedaran dan memberitahu orang ramai diskriminasi berlaku kepada golongan minoriti di Singapura. — Agensi/BH ONLINE

Tags: Singapurawanita muslim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd