• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah: Kakitangan JPJ Direman 6 Hari

oleh Ahmad Albab
22/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Temerloh direman selama enam hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan rasuah berkaitan pengeluaran lesen kenderaan motor yang sudah tamat tempoh.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata perintah tahanan reman terhadap suspek yang berusia 37 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Temerloh Ti Pei Si.

Suspek yang sudah lima tahun berkhidmat dengan JPJ ditahan di pejabatnya pada pukul 12 tengahari semalam, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Dia yang berkhidmat sebagai pembantu tadbir (pengkeranian operasi) difahamkan mengambil suapan bagi membolehkan lesen kenderaan motor yang telah tamat tempoh melebihi setahun dikeluarkan tanpa melalui prosedur yang ditetapkan JPJ.

Kesalahan itu dipercayai dilakukan dengan cara memanjangkan tempoh tarikh tamat, supaya kenderaan terlibat tidak perlu melalui pemeriksaan Puspakom Sdn Bhd (Puspakom).

Kegiatan itu difahamkan berlaku di beberapa negeri lain dan SPRM telah melakukan siasatan berhubung sindiket berkenaan sejak tahun 2016. – BERNAMA

Tags: Anggota JPJrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa gembira Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak lagi dilabelkan...

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd