• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Sub Kontraktor TNB Melecur Kotak Fius Meletup

oleh Cj Mnh
21/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang pekerja sub kontrak Tenaga Nasional Berhad (TNB) melecur di beberapa bahagian badan apabila kotak fius di pencawang TNB yang sedang diperiksa meletup dan terbakar di Pangsapuri Kejora, Bayan Lepas dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu menyebabkan lelaki berusia 27 tahun itu melecur tangan kanan dan kiri, muka, badan serta kedua-dua paha.

“Menurut pihak pengurusan pangsapuri itu, mereka terdengar bunyi letupan di pencawang TNB kediaman berkenaan dan apabila diperiksa mereka melihat seorang lelaki dalam keadaan badan berasap sedang menanggalkan helmet serta pakaian kerana terbakar.

“Terdapat sedikit kesan api di bahagian kotak fius dan pihak pengurusan memberi bantuan awal dengan memadamkan api sebelum menghubungi bomba,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata semasa kejadian, lelaki itu sedang membuat pemeriksaan berkaitan kekuatan pengagihan bekalan tenaga TNB di kawasan sekitar.

Lelaki itu dihantar ke hospital swasta di Bayan Baru sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil, katanya. – BERNAMA

Tags: kotak fiuspekerja TNB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

4 Pekerja TNB Sesat Ditemui Selamat

24/12/2018
0

KUALA BERANG - Empat pekerja Tenaga Nasional Bhd (TNB) ditemui selamat pagi ini selepas dilaporkan tersesat di kawasan Hutan Simpan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd