• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PUNB Serah Zakat Perniagaan RM100,000 Kepada MAIPS

oleh Cj Mnh
21/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM100,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, selaku Yang Dipertua MAIPs, berkenan menerima zakat bagi 2017 daripada Ketua Pegawai Eksekutif PUNB Datuk Azhar Ahmad selepas solat Jumaat di Masjid Al-Muqarrabin Behor Empiang, dekat sini, hari ini.

Azhar berkata peruntukan itu adalah sebahagian daripada RM1.87 juta wang zakat yang turut diagihkan kepada 13 negeri lain.

Selain penyerahan zakat, PUNB melawat 10 rumah asnaf dan menyampaikan sumbangan wang tunai serta barangan keperluan dapur di sekitar Kangar.

Pada majlis sama, MAIPs turut menyampaikan sumbangan kepada 34 keluarga mangsa kejadian ribut, yang keseluruhannya berjumlah RM32,160.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata sebanyak 160 keluarga terjejas akibat ribut yang melanda di beberapa kawasan di Perlis Isnin lepas dan bantuan akan disampaikan secara berperingkat selepas ini.
– BERNAMA

Tags: PUNBZakat Perniagaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Perkenan Terima Zakat Perniagaan Pintas Utama RM3 Juta

Sultan Selangor Perkenan Terima Zakat Perniagaan Pintas Utama RM3 Juta

16/03/2025
0

Shah Alam: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan untuk Lembaga Zakat Selangor (LZS) daripada Syarikat...

MAIPk Terima Zakat Perniagaan RM11.8 Juta

MAIPk Terima Zakat Perniagaan RM11.8 Juta

05/07/2022
0

IPOH : Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima penyerahan bayaran zakat perniagaan berjumlah RM11,875,079 daripada 10 syarikat korporat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd