• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kassim Ahmad Sertai UMNO Kerana Dr Mahathir

oleh Cj Mnh
21/09/2018
dalam Gaya Hidup, Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tokoh akademik Allahyarham Kassim Ahmad pernah menyertai UMNO pada 1986 atas sebab Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu, kata bekas Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim.

Rais berkata ramai yang tidak tahu bahawa (Perdana Menteri Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sering berhubung dengan tokoh akademik itu untuk mendengar idea-idea bernas beliau.

“Saya berpendapat Allahyarham Kassim menyertai UMNO kerana Dr Mahathir tetapi Dr Mahathir tidak mahu mengaku, beliau masuk UMNO kerana ​​​​​​prinsip yang benar. Kita kehilangan seorang yang berani mengemukakan pandangan walaupun sering dipandang prejudis.

““Allahyarham seorang sahabat dan ahli politik yang budiman, orang yang mengkutuk beliau sebenarnya tidak membaca pun buku-buku beliau,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Kassim Ahmad bertajuk ‘Autobiografi Seorang Pemberontak’ di Universiti Malaya, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah balu Kassim, Sharifah Fauziah Syed Yusuff.

Kassim Ahmad meninggal dunia di Hospital Kulim, Kedah pada 2017 pada usia 84 tahun akibat masalah kesihatan, antaranya berkaitan paru-paru.

Allahyarham terkenal dengan karya ‘Hadis: Satu Penilaian Semula”, sebuah kajian kritikal ke atas kewibawaan hadis sebagai sumber Islam dan buku itu diharamkan kerajaan pada 1986.

Karya itu juga menyebabkan beliau dianggap sebagai antihadis. – BERNAMA

Tags: Allahyarham Kasssim AhmadTan Sri Dr Rais Yatim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Panel Tentukan Penerima Bantuan

28/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Panel khas wajar dibentuk bagi mengenal pasti golongan yang layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH). Bekas Penasihat...

Antara Disiplin Dan Kasut Mana Lebih Mustahak?

20/07/2018
0

SHAH ALAM - Bekas Menteri Kanan, Tan Sri Rais Yatim mempersoalkan pengumuman Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengenai pemakaian kasut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd