• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNHEP Komited Pastikan Subsidi Sampai Kepada Sasaran

oleh Ahmad Albab
21/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) komited dalam memastikan setiap sen yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk subsidi barang keperluan utama pengguna sampai kepada golongan sasaran.

Ini kerana kata Menterinya Datuk Saifuddin Nasution Ismail, kerajaan telah berbelanja besar untuk tujuan itu.

“Tidak boleh ada kebocoran dan ketirisan,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian, di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau berharap kerajaan tidak akan merombak dasar subsidi barang keperluan utama bagi kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak menerusi Bajet 2019 yang dijangka dibentangkan pada November ini.

“Saya bagi contoh item pengguna seperti minyak masak, gas memasak yang (termasuk) dalam program penyeragaman harga untuk kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Dasar yang sedang berjalan ialah dengan memberi subsidi.

“Walaupun saya tahu kekangan kewangan di pihak kerajaan, hasrat saya adalah dasar berupa pemberian subsidi ini kepada item pengguna yang mustahak tidak memungkinkan kita merombak dasar ini dalam tempoh terdekat,” katanya.

Beliau berkata jika subsidi itu ditarik balik, akan berlaku kenaikan harga yang memberi kesan langsung kepada rakyat. – BERNAMA

Tags: KPDNHEPsubsidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan krisis tenaga yang kian meruncing kini merebak menjadi krisis bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd