• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

oleh Ahmad Albab
21/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, didorong laporan berita mengenai perjanjian perdagangan antara AS dan Mexico, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1290/1330 berbanding dolar AS daripada 4.1350/1400 ketika ditutup pada Khamis.

Ketua Strategi Mata Wang dan Penyelidikan Pasaran FXTM Global, Jameel Ahmad berkata ringgit berjaya mendapatkan beberapa sokongan daripada penurunan dolar AS selepas laporan berita bahawa AS, tanpa dijangkakan, telah mencapai perjanjian perdagangan dengan Mexico.

Bagaimanapun, beliau berkata sentimen bagi pasaran pesat membangun kekal tertekan dengan kebimbangan yang masih wujud mengenai rundingan perdagangan berlarutan antara AS dan China, yang belum lagi secara umum mencapai sebarang perkembangan.

“Ringgit sebahagian besarnya diniagakan dalam jajaran sempit, dengan 4.10 kekal sebagai paras penting psikologi bagi dolar AS/ringgit,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Nota tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0256/0289 daripada 3.0216/0261 pada Khamis namun naik berbanding yen kepada 3.6686/6725 daripada 3.6837/6898.

Mata wang tempatan susut berbanding euro kepada 5.4771/4845 daripada 5.4594/4677 semalam dan turut lemah berbanding pound Britain kepada 4.8623/8687 daripada 4.8380/8459. – BERNAMA

Tags: Dolar ASRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RM Kembali Susut, Trend Kejatuhan Ketara Bermula Jun

RM Kembali Susut, Trend Kejatuhan Ketara Bermula Jun

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Nilai ringgit dilihat kembali menunjukkan trend penyusutan yang lebih ketara berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)...

Ringgit Kembali Susut, Cecah RM4.03 Berbanding Dolar AS

Ringgit Kembali Susut, Cecah RM4.03 Berbanding Dolar AS

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Nilai mata wang tempatan, ringgit Malaysia, dilihat kembali melemah apabila didagangkan sekitar RM4.03 berbanding dolar Amerika Syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd