• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kad Merah Lenyapkan Peluang Ronaldo Menangi Ballon d’Or?

oleh Ahmad Albab
21/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIMBUL persoalan jika layangan kad merah yang diterima bintang sensasi Cristiano Ronaldo bakal menjejaskan peluangnya dalam anugerah Ballon d’Or edisi tahun ini.

Dia tersenerai sebagai antara calon pemenang utama anugerah berprestij itu namun peluangnya kini dlilihat memudar.

Ronaldo sebelum ini mencatat lima kemenangan Ballon d’Or, jumlah yang sama dimenangi Lionel Messi sepanjang kerjayanya.

Menerusi insiden terbaharu, Ronaldo menerima kad merah daripada pengadil Jerman, Felix Brych sewaktu perlawanan pada Rabu.

Ia merupakan kad merah ke-11 yang diterimanya dan yang pertama dalam Liga Juara-Juara.

Pemain berusia 33 tahun yang baru menyertai Juventus itu kelihatan marah kerana diusir keluar padang dan seolah-olah tidak memahami keputusan tersebut.

“Saya tidak buat apa-apa, ” ujar Ronaldo kepada pengadil.

Namun, paparan imej menunjukkan dia memegang kepala pemain pertahanan Valencia, Jesion Murillo.

Biarpun tidak dianggap sebagai kasar atau ganas, ramai yang tertanya-tanya mengenai motif tindakan Ronaldo itu.

Malah, ada pihak beranggapan yang dia sudahpun kehilangan imuniti selepas meninggalkan Real Madrid.

Timbul juga desas-desus mengenai peluang Ronaldo dalam edisi Ballon d’Or tahun ini yang dikatakan tidak akan berpihak kepadanya.-SportEnglish & IOL.co/mStar Online

Tags: Ballon d'OrRonaldo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Gugur Dakwaan Rogol Ronaldo

12/06/2022
0

LOS ANGELES : Mahkamah Amerika Syarikat menggugurkan dakwaan kes rogol terhadap Cristiano Ronaldo oleh bekas model dan guru, Kathryn Mayorga....

Neymar, Ronaldo Jadi Buruan Pelbagai Jenama

11/12/2018
0

SEPERTI selebriti, pemain bola sepak juga tidak terlepas dari bahang populariti sehingga mereka menjadi pujaan ramai peminat. Malah, populairiti yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd