• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Wang Kripto Digodam

oleh Ahmad Albab
21/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Bitcoin dan lain-lain mata wang digital bernilai kira-kira 6.7 bilion yen (RM248 juta) telah dicuri di Jepun berikutan serangan penggodam, kata pengendali pertukaran maya semalam.

Tech Bureau yang berpangkalan di Osaka dan mengendalikan pertukaran mata wang maya Zaif berkata, pelayan mereka telah diakses secara haram sebelum berlaku pemindahan wang.

“Kami enggan memberi sebarang komen mengenai bagaimana akses haram ini berlaku ke­rana ia merupakan satu jenayah. Kami telah meminta pihak berkuasa untuk melakukan penyiasatan,” kata Tech Bureau dalam satu kenyataan.

Firma itu menambah bahawa mata wang maya yang dicuri ialah Bitcoin, tunai Bitcoin dan Monacoin.

“Kami akan menyediakan langkah tertentu agar aset pe­langgan tidak terjejas dengan penggodaman tersebut,” kata syarikat itu sambil menambah mereka akan menerima soko­ngan kewangan daripada peme­gang saham utama, Fisco Group.

Pasukan pengurusan terkini akan meletak jawatan selepas mengembalikan aset yang hilang kepada pelanggan, kata Tech Bureau lagi.

Agensi perkhidmatan kewa­ngan Jepun semalam telah memulakan pemeriksaan di lokasi syarikat tersebut, lapor Jiji Press.

Jepun merupakan pusat utama bagi mata wang maya dan sebanyak 50,000 kedai di negara itu menerima pembayaran Bitcoin.

Awal tahun ini, bursa yang berpangkalan di Jepun, Coincheck menggantung deposit dan pengeluaran untuk mata wang maya selepas digodam, mengakibatkan kerugian bernilai setengah bilion dolar unit NEM, mata wang digital ke-10 terbesar menerusi permodalan pasaran.

Pihak berkuasa Jepun kemudian mengarahkan dua bursa mata wang kripto agar menghentikan operasi sebagai sebahagian daripada penangkapan berikutan penggodaman tersebut. – AFP/BH ONLINE

Tags: GodamMata wang kripto
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aplikasi KK Mart Digodam, Tertera ‘Amaran Terakhir’

Aplikasi KK Mart Digodam, Tertera ‘Amaran Terakhir’

22/03/2024
0

Aplikasi mudah alih rangkaian kedai serbaneka KK Mart telah digodam hari ini, dengan perkataan "Amaran Terakhir" dipaparkan muncul pada aplikasinya....

Godam Akaun Media Sosial,  Menyamar Kenalan Untuk Pinjam Duit

Godam Akaun Media Sosial, Menyamar Kenalan Untuk Pinjam Duit

21/01/2024
0

Kuala Lumpur : Sebanyak 494 kes dilaporkan di seluruh negara berkaitan penipuan penyamaran sebagai kenalan di media sosial dengan kerugian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd