• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Barang Sembahyang Mati Ditembak Di Skudai

oleh Ahmad Albab
20/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI – Seorang peniaga barang-barang sembahyang ditemukan mati di dalam kereta akibat ditembak di hadapan rumahnya di Skudai, Johor Bahru, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, peniaga itu Pun Chi Wee, 34, dipercayai baru sahaja pulang ke rumah di Jalan Timah 9 , Skudai dari tempat kerjanya di Gelang Patah.

Beliau berkata mangsa ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dan tersandar di tempat duduk pemandu.

“Saksi yang juga ibu mangsa mendakwa terdengar bunyi beberapa das tembakan dari arah kenderaan mangsa yang diletakkan di tepi jalan di hadapan rumahnya.

“Mangsa didapati mati di tempat kejadian dengan dua kesan tembakan dari jarak dekat di leher dan kepala,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai, di sini hari ini selepas menyaksikan majlis serah dan terima tugas Ketua Polis Daerah Kulai.

Beliau berkata menurut saksi, seorang suspek dilihat melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta yang dipandu individu lain.

Kamarudin berkata pihak polis akan menjalankan siasatan menyeluruh termasuk sama ada kes bunuh itu bermotifkan balas dendam melibatkan kumpulan kongsi gelap dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Terdahulu, Supt Dzulkhairi Mukhtar yang ditukarkan sebagai Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri menyerahkan tugas sebagai Ketua Polis Daerah Kulai kepada Timbalan Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow.

Selain itu, ASP Zaleha Salim dilantik sebagai pengerusi Persatuan Kebajikan Isteri-isteri Polis (PERKEP) IPD Kulai yang baharu menggantikan Diana Aini Mokter. – BERNAMA

Tags: kes bunuhpeniaga
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd