• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peranan Pemimpin RT Sangat Besar – Waytha Moorthy

oleh Ahmad Albab
20/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Peranan dimainkan pemimpin Rukun Tetangga (RT) sangat besar dalam menjaga keamanan dan menjalankan aktiviti kejiranan di kawasan mereka, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) Senator P. Waytha Moorthy.

Beliau berkata tugas menjaga kawasan komuniti dan menjalankan aktiviti kejiranan atas dasar inginkan keamanan di tempat masing-masing bergerak atas semangat kesukarelawanan yang tinggi.

Katanya selain itu mereka sebagai pemegang amanah dalam menjaga keselamatan komuniti setempat telah melaksanakan rondaan malam, skim rondaan sukarela dan juga menyelesaikan masalah kerosakan fizikal serta kemudahan asas dan awam dengan agensi berkaitan.

“Malah, jika ada yang perselisihan faham dan pertelingkahan antara jiran tetangga, pemimpin RT ini jugalah yang menjadi orang tengahnya atau perantara masyarakat,” katanya pada majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Warga RT Peringkat Negeri Sembilan 2018 di sini, malam tadi.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) Dr. Md Farid Md Rafik.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Datuk Baharin Idris dan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional negeri Salasiah Hashim.

Waytha Moorthy berkata tugas dan peranan pengerusi dan anggota jawatankuasa RT dalam meningkatkan semangat kejiranan, kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat merupakan asas binaan yang paling utama di peringkat komuniti dalam pembentukan dan pengukuhan perpaduan negara.

“Mereka (pengerusi dan anggota jawatankuasa RT) berkorban keringat, masa dan tenaga demi melihat masyarakat kita ini bersih, aman, harmoni dan sejahtera. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang komited, setia, gigih dan tabah dalam menabur bakti demi menjaga masyarakat dan negara tercinta ini,” katanya.

Di Negeri Sembilan terdapat sebanyak 373 RT, selain 12 buah jawatankuasa penyelaras RT.

Tugas utama jawatankuasa yang dianggotai oleh semua pengerusi RT, adalah sebagai entiti yang membantu Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional negeri dalam penyelarasan aktiviti perpaduan dan khidmat kemasyarakatan di peringkat akar umbi. – BERNAMA

Tags: Rukun TetanggaSenator P. Waytha Moorthy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kematian Adib Satu Tragedi “Malaysia Baharu”

18/12/2018
0

PERGINYA anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ke Rahmatullah semalam akibat cedera parah dipukul perusuh Hindu pada November lalu ialah...

Kematian Adib Tambah Tekanan Pada Kerajaan PH

18/12/2018
0

KEMATIAN anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim hari ini meningkatkan tekanan ke atas kerajaan Pakatan Harapan agar bertindak tegas terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd