• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juventus Menang, Ronaldo Dibuang Padang

oleh Ahmad Albab
20/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

VALENCIA (Sepanyol) – Penampilan pertama Cristiano Ronaldo bagi kempen Liga Juara-Juara bersama Juventus hanya bertahan selama 29 minit, apabila dia dilayangkan kad merah, namun ia tidak menghalang kelab gergasi Itali itu meraih kemenangan 2-0 ke atas Valencia dalam aksi pembukaan Kumpulan H, pagi tadi.

Jaringan menerusi sepakan penalti pada setiap babak oleh Miralem Pjanic mengesahkan tiga mata buat pasukan pelawat, dengan Valencia kembali ke kancah elit Eropah selepas dua tahun berakhir dengan kekecewaan.

Ia malam yang amat dinantikan buat Ronaldo dalam saingan Liga Juara-Juara apabila membuat penampilan pertama bersama kelab yang kerap dia kecewakan ketika mewakili Real Madrid.

Bagaimanapun, ia bukan detik yang dibayangkan oleh semua orang yang berada di Mestalla apabila penyerang antarabangsa Portugal itu dibuang padang buat kali pertama dalam 154 penampilannya dalam kejohanan elit Eropah itu.

Selepas aksi bertenaga pada permulaan perlawanan, Ronaldo yang merekod 121 gol Liga Juara-Juara dilihat mengasari pemain pertahanan Valencia, Jeison Murillo ketika dia menanti bola hantaran lintang dalam kotak penalti.

Ia dilihat bukan tindakan melampau yang dilakukan oleh Ronaldo, tetapi pengadil dari Jerman, Felix Brych yang berbincang dengan pembantu pengadil membuat keputusan melayangkan kad merah kepada Ronaldo.

Selepas meninggalkan padang, pemenang lima kali Liga Juara-Juara itu yang menyempurnakan sepakan penalti untuk Real Madrid menyingkirkan Juve dalam aksi suku akhir musim lalu menangis ketika menuju ke bilik persalinan.

Bagaimanapun, beraksi dengan 10 pemain – Juventus masih bernasib baik apabila dua kali dihadiahkan sepakan penalti yang disudahkan oleh Pjanic.

Pemain pertahanan Juventus, Leonardo Bonucci berkata, semangat juang berpasukan membolehkan mereka mengatasi detik sukar dalam perlawanan itu.

“Kami membuktikan bahawa kami kuat secara berpasukan.

“Kami terus mengekalkan cara permainan kami walaupun dengan 10 pemain. Kami bersama-sama mengharungi kesukaran di akhir perlawanan tetapi kami membuktikan kemampuan sekali lagi malam ini,” katanya.

Layangan kad merah itu kemungkinan akan menyaksikan Ronaldo terlepas perlawanan menentang bekas kelab, Manchester United pada perlawanan ketiga peringkat kumpulan. – Reuters/BH ONLINE

Tags: juventusRonaldo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Gugur Dakwaan Rogol Ronaldo

12/06/2022
0

LOS ANGELES : Mahkamah Amerika Syarikat menggugurkan dakwaan kes rogol terhadap Cristiano Ronaldo oleh bekas model dan guru, Kathryn Mayorga....

Gol Ronaldo Pada Ketinggian 2.56 Meter Jinakkan Sampdoria

19/12/2019
0

MILAN - Tandukan luar biasa udara dengan melawan graviti oleh bintang superstar Cristiano Ronaldo membantu Juventus mengesahkan tiga mata penuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd