• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azlan Man Nafi Akan Keluar UMNO

oleh
19/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man hari ini menafikan khabar angin bahawa beliau akan keluar UMNO.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong itu menegaskan beliau akan terus kekal dalam UMNO dan menerajui pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional di Perlis.

“Jika ada khabar angin mengatakan saya akan keluar UMNO itu adalah tuduhan liar dan salah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut di Taman Kemajuan di sini, hari ini.

Mengulas tindakan Anggota Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang mengisytiharkan keluar parti, Azlan berkata pendirian mereka harus dihormati dan yakin kedua-dua dua tokoh itu mempunyai alasan serta pertimbangan sendiri untuk berbuat demikian.

“Masih ramai lagi kekal dalam parti dan melihat bahawa UMNO merupakan satu wadah dan saya percaya kita boleh kukuhkan kembali UMNO untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Mungkin ada faktor tertentu yang mendorong mereka mengambil keputusan untuk keluar parti,” katanya

Sementara itu, bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim turut menegaskan tiada keperluan untuk beliau keluar parti, namun tidak menafikan kemungkinan akan ada lebih ramai anggota parlimen akan meninggalkan parti itu.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka yang keluar parti. Nak keluar tu keluar sahaja la tak perlu komen pasal UMNO.

“Lebih baik lepas keluar, berhenti sekali jadi anggota Parlimen kerana rakyat memilih UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada waktu anda menang,” kata Anggota Parlimen Arau itu. – BERNAMA

Tags: Azlan Man
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

10/04/2023
0

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap lima pertuduhan...

Shahidan Kassim Digantikan Azlan Man

25/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengantikan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim selaku Pengerusi Badan Perhubungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd