• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengarah Tg Offshore Buat Laporan Kepada SC

oleh Ahmad Albab
12/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Tan Kean Soon, Pengarah Bukan Bebas Tanjung Offshore Bhd, telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) mengenai apa yang dianggapnya penyelewengan oleh pegawai tertentu syarikat, kata sumber sektor korporat.

Sumber itu berkata, Tan telah menggesa SC menjalankan siasatan mendalam ke atas salah laku komersil yang didakwanya itu.

Pada masa sama, beliau memohon perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, yang menawarkan perlindungan kepada mana-mana pihak yang membuat pendedahan salah laku dalam mana-mana organisasi, perbadanan atau perniagaan.

Menurut sumber itu, Tan menyatakan yang semua bukti yang diperolehinya terletak di bawah bidang kuasa Akta Perlindungan Pemberi Maklumat.

Ketika melaporkan kepada SC, Tan menyebut beberapa kes yang didakwanya salah guna dana untuk pelbagai tujuan, termasuk beberapa pelaburan yang tidak menguntungkan syarikat.

Kes lain termasuk kegagalan perniagaan pasir kromit di Filipina, perniagaan kapal perkhidmatan luar pesisir yang digugurkan serta pembelian hartanah di United Kingdom, kata sumber itu.

Beliau juga mendedahkan aktiviti individu tertentu yang didakwanya mendapat faedah daripada yuran pengurusan yang tinggi daripada syarikat tersenarai itu.

Dalam laporannya, sumber itu berkata, Tan juga mempertikaikan kesahihan dan kesaksamaan Jawatankuasa Bebas yang mencadangkan beliau serta dua lagi pegawai syarikat, Muhammad Sabri Abdul Ghani dan Datuk Harzani Azmi, digantung daripada syarikat sehingga tindakan seterusnya diambil.

Beliau juga melaporkan kepada SC yang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah dimaklumkan mengenai dakwaan salah laku terbabit. – BERNAMA

Tags: Pengarah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengarah Raja Ahmad Alauddin meninggal dunia

29/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Raja Ahmad Alauddin dilaporkan telah meninggal dunia sebentar tadi. Berita duka itu dikongsikan rakan pengarahnya, Shahrulezad...

3 Pengarah Gagal Cabar Keputusan Gantung Operasi

28/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Tiga Anggota Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) hari ini gagal dalam permohonan mereka untuk cabar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd