• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasarkan Nasi Lemak, Tosei, Dim Sum Ke Seluruh Dunia Secara Francais

oleh
18/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melihat nasi lemak, tosei dan dim sum Malaysia dipasarkan ke seluruh dunia melalui sistem francais pada suatu hari nanti.

“Terdapat banyak makanan di Malaysia yang boleh dipasarkan kerana negara kita mempunyai pelbagai makanan dan sedap.

“Kita belum melihat francais berkembang dalam penjualan nasi lemak, dim sum dan tosei. Semua ini mempunyai potensi untuk berkembang ke serata dunia,” katanya pada Malam Anugerah Francais Malaysia 2018 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pembangunan Usahawan Mohd Redzuan Md Yusof dan Pengerusi Persatuan Francais Malaysia Datuk Radzali Hassan.

Dr Mahathir berkata usahawan tempatan perlu mempelajari daripada sistem francais yang berjaya mengembangkan produk makanan mereka ke seluruh dunia seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Kita masih kurang memahami pengurusan francais dan sebab itu kita (syarikat dan usahawan) belum berkembang seperti McDonald’s.

“Ini adalah harapan kerajaan. Kerajaan sedar perniagaan francais memberi keuntungan kepada peniaga dan usahawan,” katanya.

Pada majlis itu, Dr Mahathir menyampaikan Anugerah Francais Terbaik 2018 kepada Global Art & Creative Sdn Bhd (Global Art). Syarikat itu turut merangkul dua lagi anugerah iaitu Francaisor Terbaik dan Francaisor Antarabangsa Terbaik (Asia Pasifik).

Anugerah Francais Malaysia diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat francais yang telah memberi sumbangan kepada industri francais di Malaysia. — BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd