• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MOM Tubuh Jawatankuasa Ubah SOP Pemilihan Atlet

oleh
18/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bagi memastikan hanya atlet yang benar-benar layak mewakili negara pada temasya sukan antarabangsa, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menubuhkan Jawatankuasa Rebiu Bebas untuk menilai semula prosedur operasi standard (SOP) pemilihan atlet.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan bekas Timbalan Presiden MOM, Tan Sri Dr M. Jegathesan untuk mencadangkan proses pemilihan baharu ke temasya besar seperti Sukan Olimpik, Asia dan Komanwel.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan turut dianggotai bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Mazlan Ahmad dan Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz serta beberapa personaliti sukan tanah air yang lain.

“Selepas Sukan Asia Jakarta-Palembang baru-baru ini, kita menerima beberapa komen dan kritikan mengenai proses pemilihan. Kita harus memperkasa dan memperketatkan proses tersebut. Apabila siap, ia akan dibawa ke Lembaga Pengarah MOM untuk kelulusan.

“SOP baharu akan diguna pakai oleh saya sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemilihan. Kita memerlukan jawatankuasa bebas kerana kalau kita buat perubahan tersebut, ia akan nampak biasa, tetapi lebih baik jika kita menerima input daripada pihak lain.

“Sebelum ini apabila kita tetapkan Kategori A (kos dibiayai sepenuhnya) untuk kedudukan empat teratas dan Kategori B (ditanggung sendiri atlet), wujud persoalan apa kelayakan bagi Kategori B,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah MOM kelima di Wisma OCM di sini hari ini.

Papan selaju dan bola baling merupakan antara sukan menerima kritikan berikutan prestasi atlet negara yang tidak setanding dengan atlet lain di benua ini pada Sukan Asia 2018 yang berlangsung dari 18 Ogos hingga 2 Sept lepas.

Mohamad Norza berkata jawatankuasa itu akan ditubuhkan secepat mungkin dan hasilnya dijangka diguna pakai seawal pada Sukan SEA 2019 di Filipina.

Sementara itu, MOM juga melantik Goh Jin Wei sebagai pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Remaja berlangsung dari 6 hingga 18 Okt di Buenos Aires, Argentina, yang akan disertai 20 atlet negara.

MOM juga mahu mencalonkan Mohamad Norza, Setiausaha Agungnya Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib dan Naib Presiden Datuk Paduka Mumtaz Jaafar sebagai wakil dalam Anggota Majlis MSN.

“Kita akan cadangkan kepada Menteri Belia dan Sukan (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) dan terpulang kepada beliau untuk membuat keputusan,” katanya. – BERNAMA

Tags: atletMOMNorza Zakaria
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Norza Letak Jawatan Presiden BAM Hujung Tahun Ini

Norza Letak Jawatan Presiden BAM Hujung Tahun Ini

02/08/2023
0

KUALA LUMPUR : Tan Sri Mohamad Norza Zakaria membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan akan melepaskan jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia...

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

20/09/2022
0

DUA atlet Terengganu yang gagal dalam ujian doping sebelum ini berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan ketika menjalani latihan pusat di Cameron...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd