• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Melaka Musnahkan Beg Kertas Mencurigakan

oleh
18/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Polis Melaka hari ini memusnahkan sebuah beg kertas yang dikhuatiri mengandungi bungkusan mencurigakan yang ditemui di sebuah bank di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata beg kertas putih itu dimusnahkan Pasukan Persenjataan Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sebuah kawasan lapang berhampiran Balai Polis Ayer Keroh kira-kira 1.40 petang.

“Beg kertas itu dibawa pengurus bank berkenaan yang datang ke balai polis untuk membuat laporan pada 12.05 tengah hari tadi berikutan curiga dengan kandungannya.

“Pengurus bank itu mendakwa beg tersebut ditinggalkan sejak 16 Sept lepas di sebelah mesin deposit cek di premisnya,” katanya pada sidang media di Balai Polis Ayer Keroh, di sini hari ini.

Beliau berkata tindakan memusnahkan beg kertas yang mengandungi bungkusan plastik berwarna hijau dan biru itu dibuat berikutan ianya mencurigakan selain berat.

Katanya, selepas dimusnahkan menggunakan alat pemusnah kawalan jauh, pihaknya mendapati bungkusan berkenaan hanya mengandungi kira-kira 300 keping kad tandatangan spesimen (simpanan dan pelaburan) bank tersebut yang masih kosong.

“Siasatan awal melalui kamera litar tertutup (CCTV) mendapati beg kertas berkenaan ditinggalkan seorang wanita. Wanita itu meletakkan beg kertas itu dan terus keluar tanpa menggunakan mana-mana mesin di bank berkenaan. Setakat ini kita sedang menyiasat motif sebenar perbuatan wanita tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: anggota polisMITC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Bawah Umur

30/12/2025
0

Kangar: Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tujuh pertuduhan merogol...

Dua Anggota Polis Didakwa Esok Terbabit Kes Peras Ugut

Dua Anggota Polis Didakwa Esok Terbabit Kes Peras Ugut

20/10/2025
0

BALING: Dua anggota polis yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes pemerasan terhadap seorang lelaki yang meninggal dunia akibat serangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd