• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 6 Lelaki Culik Pemilik Kedai Perabot

oleh Ahmad Albab
12/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan enam lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes culik pemilik kedai perabot di Bandar Baru Air Itam, George Town dekat sini, Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Mazlan Kesah berkata kesemua mereka yang berusia antara 18 dan 26 tahun itu ditahan di sekitar Bukit Tambun, Simpang Ampat dekat sini, semalam.

“Mangsa yang berusia 41 tahun itu dilapor diculik oleh sekumpulan lelaki yang menaiki sebuah kereta pada pukul 5 petang Selasa lepas ketika dia keluar dari rumahnya.

“Anggota keluarga pemilik kedai itu membuat laporan polis selepas menerima beberapa panggilan telefon daripada suspek meminta mereka membayar wang tebusan,” katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata susulan itu, polis menjalankan siasatan untuk mengesan suspek yang terlibat dan berjaya menyelamatkan pemilik kedai perabot itu serta menahan seorang remaja lelaki di sebuah hotel murah di Bukit Tambun pada 5 petang semalam.

“Susulan penahanan itu, polis berjaya menahan lima lagi lelaki di sekitar Bukit Tambun. Kami kini sedang mengesan seorang lagi suspek yang disyaki dalang utama kejadian yang dipercayai berpunca daripada kegagalan mangsa membayar hutang along,” katanya.

Sementara itu, Mazlan berkata seorang pengawal keselamatan yang sedang berbual dengan tiga rakannya maut setelah diserang sekumpulan empat lelaki bersenjatakan parang di Kampung Manis, Perai, di sini Rabu malam.

Beliau berkata dalam kejadian pada 9.15 malam itu, Jahangir OK Shamsuddin, 21, diserang sekumpulan lelaki bertopeng yang menaiki kereta Honda Civic.

“Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di sebuah hospital swasta di Bandar Perda dan mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat,” katanya sambil memberitahu tiga rakan mangsa berjaya lari menyelamatkan diri.

Terdahulu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika melancarkan Op Selamat 6/2015 sempena sambutan Tahun Baharu Cina, berkata polis akan meningkatkan rondaan pencegahan jenayah di kawasan kerap berlaku kes kecurian seperti taman-taman perumahan dan kawasan kampung.

“Jadi saya minta orang ramai untuk memaklumkan kepada polis tentang kepulangan mereka ke kampung dengan menghantar borang maklumat balik kampung yang boleh didapati di balai polis dan boleh dimuat turun melalui portal rasmi PDRM,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes culik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

23/07/2024
1

JOHOR BAHRU - Seorang lagi suspek yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco...

Polis Johor Nafi Ada Kes Culik

Polis Johor Nafi Ada Kes Culik

29/09/2022
0

JOHOR BAHRU: Polis menafikan berlaku kes penculikan seorang kanak-kanak di negeri ini seperti yang tular dalam media sosial hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd