• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Salah Guna Royalti Untuk Kepentingan Politik

oleh Cj Mnh
18/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Wang royalti yang diperoleh kerajaan Terengganu tidak boleh diperuntukkan untuk kepentingan PAS.

Pengarah Komunikasi Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Terengganu, Muammar Gaddafi Nasir, berkata wang royalti adalah hak milik rakyat dan bukan untuk digunakan sebagai dana bagi kepentingan sesebuah parti politik.

Beliau berkata, permintaan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-64, kelmarin, supaya sebahagian wang royalti minyak di Kelantan dan Terengganu diperuntukkan untuk kepentingan kawasan yang PAS kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, adalah satu bentuk pengkhianatan kepada rakyat negeri berkenaan.

“Mengambil maklum ucapan Mursyidul Am PAS dalam muktamar baru-baru ini yang meminta kerajaan negeri pimpinan PAS memperuntukkan sebahagian hasil royalti minyak Kelantan dan Terengganu ke tempat yang PAS hilang deposit dalam PRU-14 lalu, ia sama sekali tidak wajar dilakukan.

“Perjuangan menuntut royalti minyak rakyat Terengganu adalah untuk kepentingan rakyat dan negeri. Memperuntukkan sebahagian wang ini untuk kepentingan parti adalah satu sikap khianat dan rompakan di siang hari terhadap wang rakyat Terengganu.

“Wang milik rakyat sama sekali tidak wajar digunakan untuk kepentingan parti politik. Sekiranya ia dilakukan, ia adalah salah guna kuasa yang jelas,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, Pemuda AMANAH Terengganu berharap kerajaan Persekutuan akan membentuk satu mekanisma yang akan memastikan tiada penyalahgunaan duit rakyat sebelum royalti diserahkan kepada kerajaan negeri.

Katanya, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sebelum ini juga menegaskan wang royalti minyak tidak boleh digunakan untuk kepentingan parti politik, sebaliknya hanya untuk kepentingan negeri dan rakyat.

Hashim ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada muktamar itu dilaporkan berkata:

“Kerajaan Kelantan, Terengganu, saya amat berharaplah, tolonglah jaga tempat yang hilang deposit, tolonglah siram, tolong baja, satu hari kita akan dapat hasilnya.

“Andainya dua negeri ini boleh mendapat royalti minyak, peruntukkanlah sedikit kebajikan jangan hanya terbatas di negeri masing masing.” – BH Online

Tags: kepentingan rakyatroyalti minyak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kurangkan Kuota BUDI95 Demi Kepentingan Rakyat

Kurangkan Kuota BUDI95 Demi Kepentingan Rakyat

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan menurunkan kuota Budi Madani RON95 (BUDI95) adalah demi kepentingan masa depan rakyat. Perdana Menteri, Datuk...

Jika PN Jadi Kerajaan, Kelantan Dapat Royalti Minyak – Muhyiddin

Jika PN Jadi Kerajaan, Kelantan Dapat Royalti Minyak – Muhyiddin

22/10/2022
0

Perikatan Nasional (PN) berjanji membayar royalti minyak sepenuhnya kepada Kelantan sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas PRU ke-15 nanti. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd