• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Buruh Binaan Didakwa Rompak Warga Bangladesh

oleh Ahmad Albab
18/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua buruh binaan masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan dan mengurung seorang peniaga warga Bangladesh, dua minggu lepas.

Hossain Shahid, 36, yang merupakan warga Bangladesh, dan B.Shanan Nair, 21, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr.Gan Chee Keong.

Kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama dengan empat individu yang masih bebas melakukan rompak berkumpulan menyamun barang milik Md Anayet Ullah,31, iaitu telefon bimbit, pasport dan wang tunai RM6,800.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di dalam bilik tidak bernombor, tingkat dua, Jalan Galloway Off Jalan Pudu di sini pada 9 malam, 6 Sept lepas mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka dituduh bersama-sama dengan empat individu masih bebas bagi mencapai niat bersama telah mengurung secara salah mangsa yang sama.

Hossain dan Shanan didakwa melakukan kesalahan itu di tempat, masa dan tarikh sama, mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun serupa yang membawa hukuman penjara boleh sampai setahun atau denda boleh sampai RM2,000 atau dengan sebat atau dengan kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Firdaus Yaacub tidak menawarkan jaminan kepada kedua-dua tertuduh.

Bagaimanapun, Shanan yang diwakili peguam A.Suayri memohon supaya anak guamnya dibenarkan ikat jamin dengan alasan anak guamnya penanggung tunggal keluarga manakala Hossain yang tidak diwakili peguam tidak membuat rayuan.

Mahkamah membenarkan Shanan diikat jamin RM11,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin serta syarat tambahan melapor diri di balai polis berdekatan dua minggu sekali serta dilarang mengganggu mangsa manakala Hossain tidak dibenarkan ikat jamin kerana tertuduh adalah warga asing.

Mahkamah menetapkan 3 Okt untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Buruh BinaanRompak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

11/08/2025
0

MELAKA – Seorang pengait sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan melakukan rompakan ke...

Lelaki ‘Lalok’ Dicekup Rompak Kedai Di Alor Gajah

Lelaki ‘Lalok’ Dicekup Rompak Kedai Di Alor Gajah

14/07/2025
0

Alor Gajah: Lelaki lalok dadah syabu dicekup polis selepas disyaki melakukan ugutan jenayah, samun dan merompak kedai serbaneka di bandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd