• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan Mujahid Tuduhan Berat Ke Atas PM Ke-7

oleh Ahmad Albab
18/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan atas tuduhan palsu untuk mengaibkan diri dan keluarganya sejak 20 tahun lalu menimbulkan tanda tanya.

Ia ekoran umum mengetahui bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan individu yang bertanggungjawab memecat dan memenjarakan Anwar dalam kes liwat yang dihadapinya pada tahun 90an.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai Anwar itu merupakan satu tuduhan yang berat ke atas Mahathir yang merupakan Perdana Menteri ke-7.

“Ini satu tuduhan berat seorang anggota Kabinet kepada Perdana Menteri. Satu ‘insubordination’ (pemberontakan) yang sangat serius,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Mujahid semalam dilaporkan menyatakan Anwar tidak pernah didakwa atas kesalahannya mencabar pemerintah sebaliknya didakwa secara tuduhan palsu untuk mengaibkan diri dan keluarganya.

Tegas beliau, Anwar tidak pernah mengenal erti menyerah, malah mempertahankan dirinya tidak bersalah sepanjang pemenjaraannya.

Bagaimanapun, kata Mujahid, Anwar akhirnya telah membersihkan namanya dan keluarganya yang dihina dan diaibkan sejak tahun 1998 iaitu selama 20 tahun. – MYNEWSHUB.TV

Tags: Datuk Dr. Mujahid Yusof RawaTun Dr Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa kini bukan masa...

Parti Amanah Seru Melayu Tolak PAS, Dakwa Hanya Pentingkan Politik Sendiri 

Parti Amanah Seru Melayu Tolak PAS, Dakwa Hanya Pentingkan Politik Sendiri 

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Kenyataan PAS tidak bersedia untuk menyertai 'Rumah Bangsa' anjuran Presiden UMNO menunjukkan parti itu tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd