• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proses Bawa Pulang Pesawat Jho Low Dalam Rundingan

oleh Ahmad Albab
18/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang dalam rundingan dengan pihak berkaitan bagi membawa pulang pesawat peribadi Jho Low di Singapura yang dipercayai dibeli dengan wang dicuri dari negara ini.

“Ya… memang ada rundingan mengenainya. Saya tidak kata dengan kerajaan Singapura tetapi dengan pihak-pihak yang terlibat,”, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah..

“Ada pihak yang diamanahkan untuk membuat rundingan tersebut. Tetapi adalah lebih baik untuk saya tidak menghebahkan perkara ini kerana mungkin boleh menjejaskan proses rundingan tersebut,” katanya pada sidang media selepas menemui kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Menara DBP di sini, hari ini.

Menurut laporan media, jet peribadi Bombardier Global 500 itu dianggarkan bernilai US$35 juta (RM143 juta) didakwa dibeli oleh Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho dengan menggunakan wang milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dirampas pihak berkuasa Singapura pada 2017.

Sementara itu, Saifuddin berkata Kementerian Luar akan memainkan peranan dalam mempromosi bahasa kebangsaan di pentas antarabangsa menerusi kedutaan Malaysia di seluruh negara.

“Kita akan mempopularkan bahasa dan istilah Bahasa Melayu menerusi ucapan-ucapan duta Malaysia yang dilantik agar ia mudah dikenali oleh masyarakat luar.

“Kementerian juga bercadang menukar cenderamata yang diberikan semasa sesi lawatan ke negara lain kepada buku-buku terbitan DBP,” kata Saifuddin. – BERNAMA

Tags: Jho Lowpesawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

08/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia terus komited bekerjasama dengan agensi antarabangsa untuk membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd