• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taufan Florence Badai AS, Ragut 31 Nyawa

oleh Ahmad Albab
18/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RALEIGH (Amerika Syarikat) – Bencana hujan lebat serta banjir disertai ribut di kawasan timur pantai Amerika Syarikat yang dicetuskan oleh taufan Florence pada Isnin, kini meragut 31 nyawa.

Pihak berkuasa pengurusan bencana Carolina Utara berkata angka kematian sebelum ini ialah 17 orang sebelum meningkat kepada 25 pada Jumaat.

Enam kematian disahkan di negeri jiran di Carolina Selatan, dengan kes terbaru membabitkan pemandu trak pikap yang maut akibat terperangkap dalam banjir di daerah Lexington.

Menurut Gabenor Carolina Utara, Roy Cooper kepada pemberita bencana itu masih berterusan dan memberikan ancaman besar.

Di Virginia, berhampiran ibu negeri Richmond, seorang lelaki maut selepas terperangkap dalam runtuhan bangunan, namun belum dapat dipastikan sama ada kejadian itu mempunyai kaitan dengan Florence.

“Pada Isnin paras air di kebanyakan sungai di seluruh Carolina Utara terus meningkat dan menghampiri paras kritikal dan hampir keseluruhan jalan raya berisiko dilanda banjir,” kata Cooper.

Di bandar pelabuhan Wilmington, air sungai hampir memecahkan tebing Sungai Cape Fear. – BERNAMA-NNN-AGENCIES

Tags: Amerika SyarikatTaufan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd