• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rewcastle-Brown Bukan Ditahan, Kata ICA Singapura

oleh Ahmad Albab
18/09/2018
dalam Jenayah, Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjelaskan Clare Rewcastle-Brown, telah ‘ditemu bual sebentar’ di pusat pemeriksaan Woodlands pada 15 September ketika ingin pergi ke Malaysia, menurut laporan berita.

“Temu bual ringkas diadakan sebagai sebahagian daripada proses pelepasan imigresen. Rekod kami menunjukkan beliau berlepas dari Singapura 16 minit kemudian,” ICA dipetik sebagai berkata oleh The Straits Times.

ICA dilaporkan sebagai berkata editor ‘Sarawak Report’, sebuah laman sesawang pemberi maklumat ‘ itu memasuki Singapura pada Jumaat.

Sarawak Report memuatkan dalam halaman Facebook bertarikh 15 September bahawa Rewcastle-Brown ‘ditahan sebentar’ di Singapura selepas pelancaran buku beliau di sini.

“Rupa-rupanya ‘seseorang’ telah menyenaraihitamkan beliau pada 2016, bagaimanapun pihak berkuasa Singapura bingung tentang sebab nama beliau disenarai hitam. Selepas memberi penjelasan pembabitannya dalam skandal 1MDB, mereka berjabat tangan dan beliau dibenarkan pergi,” menurut catatan itu.

Sementara itu, akhbar TODAY melaporkan wartawan penyiasat warga Britain mungkin membawa perkara itu kepada Suruhanjaya Tinggi Britain di Singapura.

“Ini atas nasihat pihak berkuasa di Singapura,” Rewcastle Brown dipetik sebagai berkata.

Beliau berada di sini pada Jumaat untuk pelancaran ‘The Sarawak Report’, buku nukilannya yang mendedahkan bagaimana beliau membongkar skandal dana syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – BERNAMA

Tags: Clare Rewcastle-BrownSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd