• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Henti Tular Kes Culik Untuk Dapat Organ Di Rompin

oleh
17/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Polis menggesa orang ramai menghentikan penyebaran berita palsu tentang kes kehilangan 16 orang kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 20 tahun dari sekitar daerah ini yang kononnya diculik untuk diambil organ dalaman.

Penularan berita palsu melalui aplikasi WhatsApp sejak dua hari lepas telah menyebabkan keresahan di kalangan penduduk di daerah ini walaupun sebenarnya ia tidak benar.

Menurut Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azli Mohd Noor Azli Mohd Noor setakat kini pihaknya belum menerima sebarang laporan kejadian orang hilang di daerah itu.

“Orang ramai diminta supaya berhenti menyebarkan berita berkenaan kerana ia boleh menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat.

“Sekiranya terdapat sebarang berita yang meragukan, orang ramai seharusnya dapatkan pengesahan terutama daripada polis terlebih dahulu sebelum menyebarkannya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Sejak dua hari lalu tular di media sosial kononnya terdapat satu sindiket menculik remaja dan kanak-kanak bergiat aktif di daerah ini menyebabkan 16 orang hilang tanpa dikesan.

Kumpulan berkenaan kononnya menaiki motosikal dan kereta untuk menjalankan kegiatan jenayah itu dan dikatakan akan menjadikan Kluang, Mersing dan Kahang di Johor sebagai lokasi sasaran seterusnya. – BERNAMA

Tags: organ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berita Tular Penculikan, Jual Organ Kanak-Kanak Tidak Berasas

Berita Tular Penculikan, Jual Organ Kanak-Kanak Tidak Berasas

04/10/2022
0

Georgetown : Polis menyifatkan berita penculikan kanak-kanak dan penjualan organ manusia yang tular di media sosial kebelakangan ini sebagai tidak...

Pesawat Berpatah Balik Angkara Organ Manusia

14/12/2018
0

CHICAGO - Pesawat milik syarikat penerbangan Southwest Airlines yang dalam perjalanan dari Seattle ke Dallas terpaksa berpatah balik, selepas mendapati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd