• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO-PAS Lakar Sejarah Kembali Jalin Kerjasama Rasmi

oleh
15/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UMNO dan PAS pernah bersama dalam Barisan Nasional (BN) susulan tragedi berdarah 13 Mei 1969 sebelum berpecah ekoran kemelut dalaman politik di Kelantan pada akhir 1970-an.

Bagaimanapun, keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu yang menyaksikan perpecahan Melayu sebagai penduduk majoriti, mula cetus hikmah apabila dua parti terbesar kaum itu untuk kembali bekerjasama.

Malah kehadiran pimpinan UMNO julung kali pada Muktamar Tahunan PAS Ke-64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu hari ini telah melakar sejarah baharu dalam landskap politik tanah air.

Justeru, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan terima kasih kepada pimpinan PAS kerana buat kali pertama telah jemput kepimpinan tertinggi UMNO untuk hadiri muktamar tahunan tersebut.

“Biarpun lebih enam dekad UMNO dan PAS menghadapi permasalahan dari segi pertembungan peringkat akar umbi, bahkan kita pernah berada dalam satu saf sebagai kerajaan bersama PAS pada tahun 1974.

“Kini kita bersama-sama dengan PAS pula sebagai parti pembangkang,” katanya. UMNO ujar Ahmad Zahid akan menjalinkan kerjasama rasmi dengan PAS di dalam kepimpinan sebagai blok parti pembangkang di negara ini.

Tegasnya ini penting kerana pada hakikatnya harus diakui bahawa bukan sahaja UMNO, tetapi rakan-rakan di dalam komponen BN sendiri telah menukar set minda dan cara bertindak sebagai pihak pembangkang.

“Maka apa yang telah terjalin hari ini antara UMNO dan PAS adalah dibentuk dalam kerangka parti pembangkang. Maka atas premis itu amat merasa dihargai apabila kita dijemput untuk menyertai Muktamar PAS ini.

“Dalam masa yang sama, saya juga telah menghulurkan jemputan kepimpinan tertinggi UMNO kepada Presiden PAS dan kepimpinan tertinggi PAS untuk hadir dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 30 September depan.

“Saya yakin, kepimpinan sayap-sayap UMNO juga telah menjemput kepada rakan-rakan sayap di dalam PAS,” jelas Ahmad Zahid merujuk pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri sempena perhimpunan tahunan parti tersebut.

Apa yang penting tegas ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi, kebersamaan ini adalah mengikut garis isu perjuangan yang mempunyai kesamaan antara pihak UMNO dan PAS.

“Walaupun UMNO dan PAS menjalinkan kerjasama atas dasar Islam dan bangsa Melayu, namun hakikatnya kita tidak pernah tidak menghormati agama-agama lain dan begitu juga dengan kaum-kaum lain di dalam negara ini.

“Jalinan kerjasama ini berlaku adalah disebabkan faktor persamaan perjuangan UMNO dan PAS ini dan saya, selaku presiden ambil peluang ini untuk bersama-sama kepimpinan PAS dalam episod baru politik negara ini,” ujarnya.

Kerjasama UMNO dan PAS tidak akan menimbulkan sebarang masalah dalam kalangan parti komponen BN seperti MIC dan MCA kerana kepimpinan dua parti tersebut memahami bahawa kerjasama ini adalah kerjasama politik.

“Saya kerap bertemu kepimpinan MCA dan MIC di mana kali terakhir saya bertemu mereka di PRK Balakong. Saya tidak nampak sebarang masalah akan timbul jika UMNO terus perkukuh jalinan kerjasama antara UMNO dan PAS.

“MCA dan MIC sangat matang dan bersikap rasional. Saya tidak nampak ada sebarang masalah akan timbul jika UMNO terus memperkukuhkan jalinan kerjasama antara parti ini dan PAS pada masa akan datang ini,” katanya.

Tags: Muktamar PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Siap Sedia Hadapi PRU15 Lebih Awal

21/06/2019
0

KUANTAN - Seluruh organisasi PAS digesa mengatur persiapan untuk menghadapi kemungkinan PRU15 diadakan lebih awal daripada tempoh lima tahun. Presiden...

PH Berdepan Kecelaruan Kiblat Politik, Ekonomi

21/06/2019
0

KUANTAN - PAS mendakwa sehingga kini kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih bercelaru menentukan kiblat politik dan ekonomi kerana sehingga kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd