• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RPBIC Himpun Peminat Ikan Layaran

oleh Ahmad Albab
15/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Cabaran menangkap ikan layaran melalui acara tahunan Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) berjaya menarik minat seramai 75 orang peserta daripada lebih 10 buah negara termasuk Malaysia pada tahun ini.

Lebih bermakna, acara pada tahun ini dirasmikan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang turut mengambil tempat sebagai peserta selepas acara pelepasan pada pukul 8.30 pagi.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Pahang, Datuk Edros Yahaya berkata RPBIC 2018 yang secara rasminya berlangsung selama tiga hari bermula hari ini menyediakan lebih cabaran dan meriah berbanding tahun-tahun lalu.

“Kemeriahan penganjuran acara ini saban tahun nyata dapat dirasai dengan kehadiran bukan sahaja kaki pancing tempatan, malah pada tahun ini sebanyak 75 peratus pemancing dari luar negara tidak mahu melepaskan peluang menyertai RPBIC.

“Peluang yang disediakan ini dapat dimanfaat oleh peminat tegar aktiviti mencabar di laut dalam sekaligus mengenali spesies ikan istimewa dengan lebih dekat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran dan penyerahan tajaan RPBIC di sini.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Timbalan Menteri Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang, Datuk Seri Sharkar Shamsudin.

Edros berkata, acara sukan pelancongan ini jugaberjaya meletakkan Rompin sebagai salah sebuah Destinasi Pelancongan Memancing Ikan Layaran utama dunia yang menjadi pilihan sehingga hari ini.

PEnganjuran acara sejak tahun 2004 itu, hanya bermula dengan penyertaan empat buah bot sahaja dan terus mencatat pertambahan saban tahun termasuk penyertaan baru dari luar negara seperti Australia, Jerman, Thailand, Filipina, Singapura, China dan Jepun.

“Kehadiran ikan layaran di sekitar perairan di sini sepanjang tempoh bulan April sehingga September setiap tahun telah menjana pertumbuhan ekonomi di daerah ini melibatkan sektor pelancongan seperti hotel, pengusaha bot, pengusaha, dan rumah inap.

“Mengikut perangkaan, Rompin menjana pendapatan ekonomi sebanyak RM15 hingga RM20 juta setahun hasil daripada tarikan sebagai lokasi pilihan pemancing termasuk acara lain yang dilaksanakan setiap tahun,” katanya.

Program tahunan lain katanya ialah pertandingan memancing melibatkan kumpulan dari negara China yang dianjurkan sejak tahun 2008.

“Perbincangan yang diadakan bersama persatuan pemancing di negara China mendapati seramai 12 juta rakyat republik berkenaan merupakan pemancing aktif.

“Kita mendapat kerjasama daripada China dan juga daripada syarikat-syarikat penaja di luar negara yang turut mempromosikan Rompin sebagai lokasi memancing ikan layaran.

“Apa yang diharapkan ialah aktiviti ini dapat meneruskan kesinambungannya pada tahun akan datang melalui penglibatan lebih ramai penaja dan kaki pancing yang ingin menimba pengalaman unik dan penuh cabaran ketika menangkap ikan layaran.

“Sokongan yang diberikan melalui pertambahan jumlah pelancong setiap tahun turut membantu menyokong kegiatan ekonomi daerah ini sebagai salah sebuah destinasi pelancongan,” katanya. – BERNAMA

Tags: IkanPemancing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

28/07/2025
0

GUA MUSANG: Kejadian ratusan ikan mati di Sungai Ketil, dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi, Taman Wangi, di sini, dua hari...

Pemancing Dakwa Dirompak 4 Lelaki Berpakaian Celoreng Tentera

Pemancing Dakwa Dirompak 4 Lelaki Berpakaian Celoreng Tentera

22/12/2024
0

Semporna : Tiga pemancing berdepan detik cemas apabila dirompak empat lelaki berpakaian celoreng tentera di kawasan perairan antara Pulau Boheyan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd