• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Beradik Maut Kereta Dirempuh Treler

oleh Ahmad Albab
15/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Tiga termasuk dua adik-beradik maut selepas kereta dinaiki dirempuh sebuah treler di Batu 18, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar di Kampung Jamuan, Kota Lama Kiri dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Amirul Fahmi Samsudin, 12, Muhammad Asyraf Hamdan Al Fikri, 27, dan adiknya Muhammad Irfan, 17.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar Mohd Taufiq Abd Sattar berkata kesemua mereka yang menaiki kereta jenis Nissan Sunny maut di tempat kejadian, manakala pemandu treler hanya cedera ringan.

Beliau berkata sebaik menerima panggilan, pihaknya segera bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kereta itu terbabas di sebelah kiri jalan serta terperosok di bawah sebuah treler tanpa muatan.

“Khidmat kren terpaksa diguna untuk mengangkat treler berkenaan kerana kepala treler itu tersangkut pada kabel elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) bervoltan tinggi. Anggota TNB dipanggil untuk memutuskan bekalan elektrik sementara di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Taufiq berkata pihaknya menggunakan beberapa peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kereta sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat kira-kira 11.58 malam. – BERNAMA

Tags: adik-beradikkemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Beradik Terkorban Selepas MPV Dipandu Hilang Kawalan, Bertembung Kenderaan Dari Arah Bertentangan

Dua Beradik Terkorban Selepas MPV Dipandu Hilang Kawalan, Bertembung Kenderaan Dari Arah Bertentangan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub MARAN, 20 Jun – Perjalanan dua beradik berakhir dengan tragedi apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terlibat...

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd