• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Saudara Dicekup Sumbang Mahram Dengan Anak Saudara

oleh Ahmad Albab
14/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang tukang cuci ditahan polis kerana dipercayai melakukan perbuatan sumbang mahram terhadap anak saudaranya yang di bawah umur di sebuah hotel di Taman Tunku Aminah, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata pihaknya menahan lelaki berusia 48 tahun bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu kira-kira 9.15 malam setelah mendapat maklumat mengenai perilaku mencurigakan mengenai lelaki berkenaan.

“Ketika serbuan dilakukan, pihak polis bertindak mengetuk bilik yang diduduki keduanya dan menunggu lebih kurang lima minit sebelum dibuka oleh suspek.

“Setelah dibuka, didapati seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak berada dalam bilik berkenaan dalam keadaan separuh bogel manakala lelaki itu hanya memakai tuala tanpa baju,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kanak-kanak itu merupakan anak saudara kepada suspek.

Mohd Taib berkata mangsa memberitahu bapa saudaranya itu kerap membawanya keluar dan mendapat kebenaran ibu bapa mangsa.

“Kejadian seperti itu merupakan kejadian kali kedua,” katanya lagi.

Suspek yang sudah berkahwin itu, mempunyai tiga anak berusia 25 tahun hingga 28 tahun.

Dia kemudiannya direman selama tujuh hari mulai hari ini sehingga 20 Sept ini.

Mohd Taib berkata kes disiasat di bawah Seksyen Seksyen 376A Kanun Keseksaan iaitu sumbang mahram. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: bapa saudarasumbang mahram
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gadis Dibunuh Bapa Saudara Kerana Enggan Kahwin Paksa

Gadis Dibunuh Bapa Saudara Kerana Enggan Kahwin Paksa

15/03/2023
0

BRADFORD – Seorang lelaki didapati bersalah membunuh anak saudaranya menggunakan pancang logam selepas mangsa enggan berkahwin dengan calon pilihan keluarganya,...

Kanak-Kanak Perempuan Dicabul Bapa Saudara

Kanak-Kanak Perempuan Dicabul Bapa Saudara

15/09/2022
0

Tanah Merah : Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dipercayai menjadi mangsa cabul oleh bapa saudaranya di sebuah kampung di Bendang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd