• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS

oleh Ahmad Albab
14/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini ketika para pelabur mengharapkan pengumuman Indeks Harga Pengguna (IHP) yang lebih positif bagi Ogos.

Pada 9 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.1380/1420 berbanding dolar AS daripada 4.1430/1460 sewaktu ditutup semalam.

Penganalisis penyelidikan FXTM, Lukman Otunuga berkata data IHP bagi Ogos dijangka meningkat sebanyak 1.5 peratus yang turut mencetuskan minat kalangan pelabur.

Namun, walaupun ringgit boleh mencecah paras lebih tinggi jika terbukti ia melebihi jangkaan atau akibat perkembangan membabitkan inflasi, unit tempatan itu kekal sensitif kepada faktor luaran.

“Ringgit mungkin mencecah paras lebih tinggi sekiranya sentimen risiko itu meningkat dan memacu minat terhadap mata wang pasaran sedang pesat membangun. Ini ditambah lagi dengan tindakan pelabur yang mengambil untung berikutan peningkatan dolar US,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, ringgit kebanyakannya diniagakan rendah berbanding kelompok mata wang lain.

Ia susut sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0193/0229 daripada 3.0181/0216 pada Khamis dan meningkat berbanding yen kepada 3.6923/6969 daripada 3.7170/7204.

Ringgit rendah berbanding euro kepada 4.8373/8428 daripada 4.8129/8168 dan susut berbanding pound Britain kepada 5.4262/4322 daripada 5.4066/4126. – BERNAMA

Tags: Dolar ASRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RM Kembali Susut, Trend Kejatuhan Ketara Bermula Jun

RM Kembali Susut, Trend Kejatuhan Ketara Bermula Jun

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Nilai ringgit dilihat kembali menunjukkan trend penyusutan yang lebih ketara berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)...

Ringgit Kembali Susut, Cecah RM4.03 Berbanding Dolar AS

Ringgit Kembali Susut, Cecah RM4.03 Berbanding Dolar AS

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Nilai mata wang tempatan, ringgit Malaysia, dilihat kembali melemah apabila didagangkan sekitar RM4.03 berbanding dolar Amerika Syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd