• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Ulama PAS Kemuka Usul Tindakan Terhadap Pihak Anti-Islam

oleh
13/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Muktamar Dewan Ulama PAS ke-57 hari ini mengetengahkan usul agar kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang memberi kenyataan berbaur anti-Islam termasuk isu undang-undang syariah.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Mohd Asri Mat Daud berkata usul itu dipersetujui setelah menyedari adanya tindakan dan usaha negatif yang cuba melemahkan kedudukan Islam.

“Kami mendesak pemimpin negara agar sentiasa bertegas dengan kedudukan istimewa Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Mendesak agar tindakan tegas dikenakan atas kenyataan yang anti-Islam termasuklah kenyataan yang memperlekehkan undang-undang syariah.

“Kami juga mengesa kerajaan menyelesaikan masalah berkaitan rakyat termasuk isu lesbian, gay biseksual dan transgender (LGBT) dan seumpamanya berasaskan prinsip Islam,” katanya ketika membacakan usul itu yang dipersetujui hampir 600 perwakilan.

Usul tersebut akan dibentangkan bersama-sama dua usul lain pada Muktamar Tahunan PAS Ke-64 pada Sabtu dan Ahad ini.

Selain itu, dewan turut mendesak PAS menubuhkan jawatankuasa integriti bagi menangani isu ketelusan dalam pentadbiran parti tersebut bagi mengelak fitnah disebarkan.

Usul lain ialah dalam bidang pendidikan iaitu mendesak kerajaan tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) sebagai syarat kemasukan ke universiti awam dan kerajaan mengambil pendirian tegas dan jelas untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi​​​. – BERNAMA

Tags: Muktamar PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Siap Sedia Hadapi PRU15 Lebih Awal

21/06/2019
0

KUANTAN - Seluruh organisasi PAS digesa mengatur persiapan untuk menghadapi kemungkinan PRU15 diadakan lebih awal daripada tempoh lima tahun. Presiden...

PH Berdepan Kecelaruan Kiblat Politik, Ekonomi

21/06/2019
0

KUANTAN - PAS mendakwa sehingga kini kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih bercelaru menentukan kiblat politik dan ekonomi kerana sehingga kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd