• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama UMNO-Pas Bertambah Erat

oleh Cj Mnh
13/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerjasama politik di antara UMNO dan Pas dilihat bertambah erat selepas beberapa pemimpin tertinggi kedua-dua parti tersebut mula mengadakan pertemuan dan perbincangan demi penyatuan orang Melayu serta agama Islam.

Terbaharu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan telah berkongsi beberapa keping gambar yang dimuat naik ke Facebook miliknya melibatkan pertemuan kepemimpinan kedua-dua parti.

Perjumpaan yang diadakan di rumah Mohamad, semalam itu dihadiri beberapa kepemimpinan tertinggi Pas iaitu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Mohamad berkata, pertemuan itu merupakan satu pendekatan terhadap penyatuan ummah Melayu dan Islam.

“Satu pendekatan terhadap penyatuan ummah Melayu dan Islam. Perjumpaan ramah mesra minum petang di rumah saya dengan Abdul Hadi, Tuan Ibrahim, Takiyuddin dan Ahmad Shamsuri.

“Turut serta, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin,” katanya dalam status berkenaan, semalam.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi yang turut berkongsi gambar pertemuan tersebut berkata, perjumpaan itu membincangkan mengenai masa depan Islam dan ummah.

“Pertemuan mesra dengan barisan pimpinan Pas di rumah Timbalan Presiden UMNO diketuai Abdul Hadi. Banyak perkara yang dibincangkan berkisar mengenai masa depan Islam dan Ummah di Malaysia. Moga Allah merahmati pertautan ukhwah yang mula mekar atas dasar kasih sayang kerana Allah,” katanya dalam perkongsian di Facebook miliknya. – UTUSAN ONLINE

Tags: kerjasamaUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd