• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Staf MPSJ Dipenjara 14 Hari, Denda RM10,000

oleh Cj Mnh
13/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang pembantu operasi di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dijatuhkan hukuman penjara 14 hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan membuat tuntutan elaun perjalanan palsu berjumlah RM984.25 pada Mac 2017.

Tertuduh Mohd. Farid Abdul Rahim, 39, membuat pengakuan itu selepas tuduhan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Farid didakwa telah membuat tuntutan elaun perjalanan bagi Mac 2017 berjumlah RM984.25 untuk perjalanan dari pejabat MPSJ ke Jabatan Teknikal Luaran dan agensi luar sedangkan dia tidak melaksanakan tugasan itu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tags: dipenjaraStaf MPSJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd