• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pejabat MB Johor Nafi Ada Broker Untuk Projek

oleh
13/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pejabat Menteri Besar Johor hari ini menafikan dakwaan bahawa ada pegawainya yang menyalahgunakan kuasa termasuk “menjadi broker” dalam mendapatkan projek-projek berkaitan kerajaan.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, pejabat itu menegaskan bahawa individu yang dimaksudkan bukanlah pegawai khas kepada Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian.

“Pentadbiran ini memandang serius terhadap tindakan pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama Menteri Besar Johor untuk mendapatkan projek-projek berkaitan kerajaan,” menurut pejabat itu di sini, lewat petang tadi.

Selain itu, pejabat Menteri Besar turut mengingatkan agar pegawai kerajaan negeri tidak perlu takut dengan desakan pihak-pihak tertentu yang ingin mendapatkan tender kerajaan dengan tidak mengikut prosedur yang betul.

“Kerajaan negeri juga berpendirian bahawa sebarang projek hendaklah melalui proses tender terbuka seperti yang tertulis dalam manifesto Pakatan Harapan Johor,” tambah pejabat itu.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab beberapa kiriman dalam laman sosial Facebook yang mendakwa terdapat individu yang mengakui dirinya pegawai khas Menteri Besar Johor dan menjadi “broker” kepada projek-projek berkaitan kerajaan negeri. – BERNAMA

Tags: broker
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN Beseri Dedah Diajak ‘Broker’ Tandatangan SD Guling MB Perlis

ADUN Beseri Dedah Diajak ‘Broker’ Tandatangan SD Guling MB Perlis

28/12/2025
0

Kuala Lumpur: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beseri, Haziq Asyraf Dun mendedahkan beliau antara ADUN yang dijemput untuk menandatangani akuan...

Broker Jualan Kenderaan Dibebas Dengan Jaminan SPRM

08/10/2018
0

PUTRAJAYA - Seorang broker jualan kenderaan bergelar Datuk, yang ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd