• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Akan Tentukan Sama Ada Bertanding Di PRK Port Dickson

oleh
12/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – PAS akan memutuskan sama ada akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mustaffa Daharun berkata perkara itu akan dibincangkan secara terperinci ketika Muktamar PAS ke-64 yang menghimpunkan lebih 1,200 perwakilan daripada seluruh negara di Kuala Terengganu, Sabtu dan Ahad ini.

“Kita tengok dahulu (perjalanan) mesyuarat (PAS) pusat bagaimana (di Kuala Terengganu) dan daripada situ kita akan putuskan sama ada bertanding atau pun tidak.

“Jika pusat putuskan untuk meletakkan calon, maka kita akan bertanding.

“Bagaimanapun kita juga akan berunding dengan parti pembangkang yang lain seperti mana yang diguna pakai ketika PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Balakong dan Sungai Kandis (kesemuanya di Selangor) baru-baru ini,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

PRK Port Dickson diadakan selepas penyandang kerusi kawasan berkenaan Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, melepaskan jawatan itu hari ini bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding untuk menyertai kembali Parlimen dan seterusnya membolehkan beliau menjadi perdana menteri kelapan.

Anwar baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR.

Parlimen Port Dickson (dahulu Telok Kemang) yang memiliki sejumlah 75,381 pengundi mengikut daftar pemilih semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) merupakan kerusi tunggal PKR daripada lima kerusi Parlimen Pakatan Harapan di Negeri Sembilan.

Parlimen Port Dickson yang merupakan kubu kuat PKR sejak 2008 mempunyai lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya iaitu Chuah dan Lukut dikuasai DAP, Bagan Pinang dan Linggi (Barisan Nasional) dan Sri Tanjung (nama asal Port Dickson) (PKR).

Pada PRU14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal, bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia mengalahkan calon BN Datuk V.S. Mogan dan calon PAS Mahfuz Roslan dengan majoriti 17,710 undi. – BERNAMA

Tags: PRK Port Dickson
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saman Pengundi PD Terhadap Anwar Ditolak

22/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman pemula difailkan seorang pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri...

PRK PD: Bersih Dakwa Anwar Buat 6 Kesalahan

26/10/2018
0

BONGKAR... Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa badan pemantau pilihan raya, Bersih, melakukan enam daripada 10 kesalahan semasa kempen Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd