• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Anak Tiri CEO Cradle Fund Dibebaskan

oleh
12/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membenarkan permohonan semakan untuk mengubah tempoh tahanan reman selama tujuh hari dikeluarkan Mahkamah Majistret ke atas dua anak tiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan yang maut dalam kebakaran pada Jun lepas.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman ketika membuat keputusan itu berkata pihaknya mendapati tiada justifikasi kukuh yang dikemukakan oleh pegawai penyiasat untuk menahan reman kedua-dua remaja berusia 14 dan 16 tahun bermula 9 hingga 15 Sept ini.

“Tiada justifikasi untuk menahan kedua-dua remaja itu untuk tempoh tujuh hari. Maka, saya mengubah perintah tempoh tahanan reman ini berakhir hari ini pukul 5 petang,” katanya ketika membenarkan permohonan semakan itu yang dikemukakan oleh peguam mewakili remaja berkenaan, Hisyam Teh Poh Teik.

Ab Karim dalam penghakimannya berkata Mahkamah Majisret Petaling Jaya tidak cermat dalam mempertimbangkan keperluan mengeluarkan reman ke atas kedua-dua remaja itu di mana ‘tempoh dua hingga tiga hari adalah tempoh cukup memadai untuk menjalankan siasatan ke atas mereka’.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Nazneen ketika berhujah membantah permohonan dikemukakan oleh Hisyam berkata tempoh reman selama tujuh hari cukup memadai berdasarkan 14 sebab yang dikemukakan oleh pegawai penyiasat.

Pada Ahad lepas, kedua-dua remaja berkenaan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan Majistret Nor Ariffin Hisham memerintahkan mereka direman tujuh hari sehingga 15 Sept ini.

Dua beradik berkenaan ditahan polis di rumah datuk mereka di Taman Tun Dr Ismail, kira-kira pukul 4 petang sehari sebelum itu.

Polis sebelum ini menahan ibu dan bapa mereka, sebelum kedua-duanya direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes kematian CEO terbabit.

Bapa mereka dibebaskan selepas tamat tempoh reman pada 7 Sept lepas manakala ibu mereka masih direman sehingga Khamis ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah SAC Fadzil Ahmat sebelum ini berkata kes kematian Nazrin diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh selepas laporan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menunjukkan wujud kesan petrol di lokasi kejadian, selain berdasarkan hasil bedah siasat.

Nazrin meninggal dunia di rumahnya di Mutiara Homes di sini, pada kira-kira 12.20 tengah hari, 14 Jun lepas.– BERNAMA

Tags: CEO Cradle Fund
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Samirah, Dua Anak Bebas, Lepas Pertuduhan Bunuh CEO Cradle Fund

21/06/2022
0

Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini melepas dan membebaskan Samirah Muzaffar dan dua anak remaja lelakinya atas pertuduhan membunuh...

Samirah Tak Setuju Duit Insurans Nazrin Diguna Bayar Hutang

30/12/2019
0

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu tertuduh pertama kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd