• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Speaker Dewan Rakyat Terima Surat Peletakan Jawatan MP Port Dickson

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hari ini menerima surat peletakan jawatan daripada Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Danyal Balagopal Abdullah.

Mohamad Ariff dalam satu kenyataan hari ini berkata, sehubungan itu satu notis pemberitahuan rasmi berhubung kekosongan kerusi Parlimen itu dikemukakan kepada timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas menerima surat berkenaan.

Beliau berkata notis pemberitahuan itu adalah selaras dengan Perkara 54, Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh yang demikian, selaras dengan Fasal (1) Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR hendaklah mengisi kekosongan kerusi tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan oleh SPR bahawa ada kekosongan,” katanya.

Danyal Balagopal yang bertanding atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada bakal Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen berkenaan. – BERNAMA

Tags: Dewan RakyatPRK Port Dickson
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Shahidan Bawa Isu Raptai UniMAP Ke Dewan Rakyat Isnin Ini, Mahu Penjelasan Menyeluruh

Shahidan Bawa Isu Raptai UniMAP Ke Dewan Rakyat Isnin Ini, Mahu Penjelasan Menyeluruh

01/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim akan membawa isu kontroversi sesi raptai Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)...

Pemimpin BN Berbaju Melayu ‘Gelombang Biru’ Hadir Belanjawan 2027

Pemimpin BN Berbaju Melayu ‘Gelombang Biru’ Hadir Belanjawan 2027

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Gelombang biru mewarnai suasana di Parlimen apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) khususnya daripada UMNO tampil mengenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd