• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

75 Peratus Kedai, Restoran Di Bawah GST Tak Kena SST

oleh
12/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 75 peratus daripada kedai dan restoran di bawah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) selepas nilai ambang SST dinaikkan kepada RM1.5 juta berbanding RM500,000 di bawah GST, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata nilai ambang SST itu adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding GST yang sebelum ini dikenakan kepada pengguna daripada restoran yang mempunyai pendapatan melebihi RM500,000 setahun.

Berikutan itu, katanya cuma terdapat 4,372 restoran yang mendaftarkan perniagaan mereka di bawah SST berbanding 17,574 restoran di bawah GST, iaitu empat kali ganda lebih besar ketika di bawah GST.

“Bukankah kesan SST jauh lebih kurang daripada GST apabila hanya 25 peratus daripada restoran dan kedai kopi terkesan di bawah SST berbanding dengan GST?,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Lim dalam kenyataan itu turut membidas bekas Perdana Menteri dan juga bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwanya ‘buat-buat tidak tahu’ bahawa cukai perkhidmatan 6 peratus memang dikenakan di bawah SST sama seperti GST.

Najib dalam hantarannya di Facebook meluahkan rasa tidak puas hati selepas kuih pau yang dibelinya dikenakan SST selain turut memuat naik gambar resit diterimanya yang turut disertakan jumlah SST sebanyak RM3.80.

Sementara itu, Lim berkata SST juga menyaksikan pengguna dapat menikmati harga kereta yang lebih rendah apabila sekurang-kurangnya lima jenama kereta iaitu Perodua, Honda, Toyota, Volkswagen dan BMW lebih murah berbanding dengan GST antara RM2,000 hingga RM3,000.

Beliau memberikan contoh harga kereta jenis BMW 118i M Sport ialah RM185,800 berbanding dikenakan GST iaitu RM188,800, Honda Jazz 1.5V RM83,633 berbanding RM85,750, Toyota Vios 1.5S A/T RM93,200 berbanding RM93,980 dan Volkswagen Polo hanya RM74,900 berbanding RM76,888.

Lim juga berkata Kementerian Kewangan akan berjumpa Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Malaysia untuk membincangkan kemungkinan mengikut jejak langkah REHDA Pulau Pinang mengurangkan harga rumah sebanyak 10 peratus untuk rumah berharga lebih RM300,000 dan 6 peratus untuk rumah mampu milik berharga bawah RM300,000.

Beliau berkata kerajaan juga memberikan pengecualian SST terhadap bahan dan perkhidmatan binaan, berlainan dengan GST.

“Ini telah disambut baik oleh REHDA Pulau Pinang yang bersedia menurunkan harga rumah sehingga 10 peratus untuk rumah melebihi RM300,000, manakala diskaun 6 peratus dikenakan bagi rumah mampu milik yang berharga RM300,000.

“Kerajaan Persekutuan amat mengalu-alukan sebarang keputusan daripada pemaju untuk menurunkan harga rumah selari dengan pengecualian SST ini. Saya akan berjumpa dengan REHDA Malaysia untuk membincangkan sama ada langkah sama di Pulau Pinang boleh diamalkan di seluruh negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Lim Guan EngSST
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

26/06/2026
0

BUTTERWORTH - Program promosi besar-besaran jualan daging babi sempena Pesta Duanwu akan terus dianjurkan bagi membolehkan rakyat Pulau Pinang membeli...

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

21/06/2026
0

PULAU PINANG - "Jika menjual daging babi dianggap satu kesalahan, adakah semua peniaga daging babi di pasar turut melakukan kesalahan?"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd