• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Reman Lelaki Autisme Berhubung Siasatan Kes Cabul Ditolak

oleh Ahmad Albab
12/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Mahkamah Majistret di sini hari ini menolak permohonan polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman terhadap seorang lelaki autistik berhubung siasatan kes cabul seorang wanita, semalam.

Peguam Gabriel Susayan yang mengetuai pasukan peguam bagi pihak lelaki itu berkata, Timbalan Pendaftar, Mahkamah Majistret Petaling Jaya Hairul Azhar Mohd Ishak menolak permohonan polis untuk menahan reman lelaki berusia 22 tahun itu selama empat hari.

“Mahkamah telah mendengar permohonan kedua-dua belah pihak. Kami juga telah menerangkan keadaan sebenar lelaki itu yang menghidap penyakit autisme. Mustahil untuk pihak polis merakam keterangan lelaki autisme.

“Beliau tidak akan bercakap tanpa kehadiran orang yang dikenali, ia merupakan salah satu simptom penghidap autisme. Oleh itu, mahkamah bersetuju untuk menolak permohonan reman dan hanya akan memanggil lelaki itu untuk memberi keterangan di balai polis berhampiran dengan kehadiran ibunya,” katanya.

Gabriel berkata lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan seseorang yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Hampir 10 orang termasuk ahli keluarga dan guru lelaki itu hadir di mahkamah untuk mengetahui kes itu.

Difahamkan, lelaki itu telah ditahan malam semalam setelah satu laporan polis dibuat terhadapnya berhubung kes cabul seorang wanita di hadapan sebuah restoran di sini. – BERNAMA

Tags: autismekes cabul
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Autisme Di Malaysia: Dari Kesedaran Ke Tanggungjawab Bersama

Autisme Di Malaysia: Dari Kesedaran Ke Tanggungjawab Bersama

02/04/2026
0

Sambutan Global yang Semakin Bermakna Setiap 2 April, dunia memperingati Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang telah diisytiharkan oleh United Nations...

Pelajar OKU Dakwa Dicabul Rakan Sekelas Dalam Tandas

Pelajar OKU Dakwa Dicabul Rakan Sekelas Dalam Tandas

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU) mendakwa dicabul oleh rakan sekelasnya di dalam tandas sebuah sekolah menengah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd